Salah seorang calon pemain warisan negara, Joshua Rawlins mempunyai potensi untuk mengikut jejak langkah pemain skuad kebangsaan, Matthew Davies selepas dua pemain ini mempunyai beberapa persamaan.

Rawlins dan Davies memiliki persamaan seperti memulakan karier profesional mereka bersama kelab yang beraksi dalam saingan Liga Australia iaitu Perth Glory.

Baca Juga:

Menurut perkongsian Frfuturetalents, Matthew Davies menyertai Perth Glory pada 2013 manakala Rawlins mula beraksi bersama pasukan itu sekitar 2019 bersama skuad pembangunan.

Apa yang lebih menarik, dua pemain itu beraksi di posisi pertahanan kanan dan dilahirkan di Perth, yang mana kedua-dua pemain turut mempunyai pertalian darah dengan Malaysia menerusi ibu mereka.

Davies yang pernah beraksi untuk skuad muda Australia telah memilih untuk mewakili Malaysia dan beberapa kali diberi tanggungjawab untuk menggalas tugasan sebagai ketua pasukan skuad Harimau Malaya.

Manakala Rawlins pula belum membuat keputusan untuk mewakili pasukan kebangsaan negara mana selepas dia sering menjadi tonggak utama skuad muda Australia.

Matthew Davies
Perth’s defender Joshua Rawlins (L) passes the ball as he is closed down by Ulsan’s forward Bjorn Maars Johnsen during the AFC Champions League group F football match between Australia’s Perth Glory and Korea’s Ulsan Hyundai on November 24, 2020, at the Education City Stadium in the Qatari city of Ar-Rayyan. (Photo by KARIM JAAFAR / AFP)

Selain beraksi di Liga Australia, pemain berusia 20 tahun itu juga pernah beraksi di Liga Belanda bersama skuad pembangunan FC Utrecht sebelum dipinjamkan ke Perth pada awal musim ini.

Negara jiran seperti Indonesia dan Thailand sedang giat mencari pemain warisan di serata dunia untuk diserapkan sekaligus memperkuatkan skuad kebangsaan masing-masing.

Indonesia ketika ini dibarisi seramai lapan pemain warisan dalam skuad B-20 tahun negara itu selain baru sahaja melengkapkan proses naturalisasi pemain pertahanan, Calvin Verdonk.

Bagi Thailand pula, Presiden Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT), Nualphan Lamsam atau yang lebih mesra dipanggil Madame Pang terbang ke Londong bagi meyakinkan salah seorang pemain warisan bagi beraksi bersama skuad kebangsaan tersebut.

Pemain yang dimaksudkan ialah Jude Soonsup-Bell dimana pemain ini merupakan kacukan Thailand-British yang beraksi bersama skuad pembangunan Tottenham Hotspur dalam saingan Liga Premier Inggeris 2 musim ini.