Gelombang pemain warisan Malaysia bukan sahaja menjadi bahan perbincangan peminat bola sepak tanah air malah turut diperbincangkan oleh media luar negara.
Ramai pihak yang terkejut dengan kehadiran pemain warisan Malaysia sekaligus timbul persoalan mengenai kaitan pemain tersebut dengan Malaysia.
Baca Juga:
- Pertahanan Deportivo Alaves, Facundo Garces Kini Sah Pemain Harimau Malaya
- Media Indonesia ‘Claim’ Malaysia Tiru Mereka Dengan Ambil Pemain Warisan
- Imanol Machuca Semakin Hampir Beraksi Bersama Harimau Malaya

Pemain Warisan Malaysia Jadi Bahan Perbincangan
“Kejutan sebenar datang dari pasukan kebangsaan Malaysia. Sebagai contoh, Garces ialah bekas pemain Colon, adakah benar dia orang Malaysia?
“Garces telah dipanggil oleh skuad kebangsaan Malaysia dan bukan dia sahaja. Kerajaan Malaysia telah mengeluarkan tiga pasport bagi pemain dari Argentina.
🇲🇾 EXPORTANDO CALIDAD
Facundo Garcés, Imanol Machuca y Rodrigo Holgado fueron convocados para la Selección de Malasia.
📺 No te pierdas #ESPNF360 en vivo por #DisneyPlus pic.twitter.com/STM8XpexB1
— ESPN Argentina (@ESPNArgentina) June 3, 2025
“Kemudian ada Imanol Machuca, pemain Vélez Sarsfield. Adakah dia mempunyai keluarga dari Malaysia?,” soal dua pengacara ESPN Argentina.
Sehingga saat ini, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) masih belum memberikan butiran mengenai kaitan pemain warisan negara dengan Malaysia.

Fecha 13, campeonato Nacional 2023.
El jugador de Coquimbo Unido Rodrigo Holgado, centro, celebra su gol contra Universidad de Chile durante el partido de primera division disputado en el estadio Francisco Sanchez Rumoroso en Coquimbo, Chile.
10/05/2023
Alejandro Pizarro Ubilla/Photosport
Football, Coquimbo Unido vs Universidad de Chile.
13nd turn, 2023 National Championship.
Coquimbo Unido’s player Rodrigo Holgado, center, celebrates after scoring against Universidad de Chile during the first division match at the Francisco Sanchez Rumoroso in Coquimbo, Chile.
10/05/2023
Alejandro Pizarro Ubilla/Photosport
Garces, Machuca, Jon Irazabal dan Rodrigo Holgado dijangka diturunkan dalam aksi kelayakan Piala Asia 2027 menentang Vietnam pada 10 Jun ini di Stadium Nasional, Bukit Jalil.