Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Peter Cklamovski masih berteka-teki mengenai pemain warisan sama ada mereka diturunkan ketika aksi pembukaan kelayakan Piala Asia 2027 menentang Nepal.
Dalam sidang media sebelum perlawanan yang diadakan hari ini, Peter enggan memberi jaminan mengenai kelibat tiga pemain warisan iaitu Hector Hevel, Christian Abad dan Gabriel Palmero dalam aksi di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) pada 25 Mac ini.
Baca Juga:
- Peter Cklamovski Teruja Pemain Komited
- Rob Friend – ‘Pemain Warisan Bukan ‘Solution’, Tetapi Strategi
- Portimonense Umum Salah Seorang Pemain Mereka Dipanggil Malaysia
Status Pemain Warisan Tunggu Dan Lihat
Menurut perkongsian wartawan Astro Arena iaitu Zulhelmi Zainal, Peter hanya memberikan jawapan iaitu ‘tunggu dan lihat’ ketika ditanya mengenai pemain warisan.
“Let’s wait and see”, Peter Cklamovski on peluang Malaysian Abroad, Gabriel Palmero dan Hector Hevel buat debut lawan Nepal.@ASTROARENA pic.twitter.com/TsQHtjxCOb
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) March 24, 2025
Hevel, Abad dan Palmero menyertai kem latihan pusat yang diadakan di Padang Seri Gelam menjelang perlawanan menentang Nepal dan peminat ternanti-nanti bila tiga pemain ini akan mula beraksi bersama skuad Harimau Malaya.
Sebelum ini, Peter Cklamovski berkata beliau teruja kerana pemain yang dipanggil dalam skuad kali ini begitu komited selama menjalani kem latihan pusat.

“Bagus buat saya melihat pemain begitu komited. Ia menghadirkan rasa teruja untuk saya membantu pasukan untuik menjadi lebih baik.
“Setiap hari akan peningkatan dan kami sebenarnya sedang bergerak ke arah yang betul. Untuk menjadi pasukan yang lebih baik, kami perlu terus bantu mereka,” kata Peter.
Dalam masa yang sama, Peter menegaskan beliau tidak akan menggugurkan pemain dari skuad sedia ada dan mahu semua untuk terlibat dalam perlawanan menentang Nepal.
“Saya tidak akan hantar pulang pemain yang tidak berada dalam senarai 23 pemain,” tambahnya.

Pemain tengah, Natxo Insa hampir pasti tidak diturunkan ekoran pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu masih belum cergas kerana mengalami kecederaan sebelum ini.
Status seorang lagi pemain iaitu Faisal Halim turut menjadi tanda tanya selepas pemain itu dilihat mengalami kecederaan ketika sesi latihan semalam yang mana buku lalinya dibalut dengan ais.
Rekod pertemuan lalu membabitkan Malaysia dan Nepal dilihat memberi kelebihan kepada skuad negara.
Berdasarkan rekod rasmi semasa, Harimau Malaya masih belum tewas kepada The Gorkhalis dalam tujuh perlawanan. Ini termasuk kemenangan dalam lima aksi terakhir kedua-dua pasukan.