Seorang pemandu 4×4 dipuji ramai selepas membantu menerangi kawasan salah satu pondok di R&R Gurun ketika ada sekumpulan pelajar sekolah sedang duduk makan di situ.
Menurut TikTok @skpk_official mereka berhenti di R&R tersebut untuk solat Maghrib. Sambil itu mereka semua mengambil peluang untuk makan bekalan bubur yang dibawa bersama.
Walaupun video itu berdurasi sekitar 12 saat, namun tindakan murni pemandu 4×4 itu memberikan kesan kepada penonton.
@skpk_official Tiba2 perasan ada kereta tak matikan lampu… #lawatan #sekolah #sekolahrendah #rnr #gurun #berhentisolat #perjalananpulang
Orang ramai mendoakan kebaikkan buat pemandu tersebut atas tindakannya.
Dalam pada itu ada warganet berkongsi pengalaman sendiri yang pernah dibantu ‘abang askar’ yang membuka lampu trak ketika terpaksa berbuka puasa di hadapan kem tentera kerana tidak jumpa tempat yang sesuai.