Sejak minggu lepas lagi, orang ramai sudah mula bergerak pulang ke kampung kerana mahu tiba lebih awal. Namun, dapat dilihat pelbagai ragam pemandu tempatan yang menghadapi kesesakan kerana peningkatan pengguna jalan raya ketika ini.
Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok bernama eldika fadriz, dia mempamerkan tindakan seorang pemandu Bezza yang sengaja memotong secara berbahaya sewaktu keadaan sedang sesak.
Baca Juga:
- Tak Nak Hadap Sesak, Perantau Suka Hati U-Turn Tengah Raub Bypass Beramai-Ramai
- Stress Terperangkap Kesesakan Trafik Setiap Hari, Ramai Pekerja Lembah Klang Memilih Berhenti Kerja
Di dalam video itu, kereta Bezza itu dilihat dengan selambanya memotong garisan berkembar kerana tidak mahu menunggu lama di bahagian belakang sewaktu jalan sesak.
Video yang dimuat naik itu meraih lebih sejuta jumlah tontonan, 27.9K likes dan juga menerima pelbagai reaksi daripada netizen menerusinya.
@eldikafadriz Silap ja sikit org ni, memandu sampai alam barzakh terus.
Menjengah ke ruangan komen, majoriti netizen telah mengecam tindakan pemandu Bezza itu kerana dianggap terlalu mementingkan diri sendiri serta membahayakan pengguna jalan raya lain.
Ada sesetengah individu juga berharap agar pemandu itu dikenakan tindakan undang-undang agar perkara ini tidak akan berulang lagi.