Seorang pemandu maut selepas kereta dipandunya hilang kawalan lalu terbabas ketika menyertai acara ‘Sandakan Drag Battle R3 2024’.

Mangsa dikenali sebagai Abang Adib Haji Abang, daripada kumpulan Team Prostreet KB dari Brunei disahkan meninggal dunia selepas terbabit kemalangan, petik Harian Metro.

Baca Juga:

Menerusi kenyataan rasmi wakil kepada RCO Motorsport Club, acara yang sepatutnya berlangsung pada hari ini, 15 Disember, dibatalkan dengan serta merta susulan insiden yang berlaku.

“Kami turut berdukacita dengan apa yang berlaku pada hari ini. Semoga segala urusan dipermudahkan.

“Innalillahiwainnailaihirojiun. Salam takziah diucapkan kepada Arwah Abang Adib yang telah kembali ke Rahmatullah.

“Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman di sisi Allah SWT.

Pihak menganjur memohon maaf atas pembatalan acara tersebut dan berharap dapat bertemu lagi dengan para peserta dalam acara yang akan datang.