Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke Siew Fook telah mengeluarkan arahan kepada pemandu yang berdaftar dengan aplikasi e-hailing perlu mendaftar lesen kenderaan perkhidmatan awam (PSV) bermula Januari tahun hadapan.

Peraturan ini akan berkuatkuasa selepas 12 Julai 2019 di mana setiap pemandu e-hailing perlu mempunyai lesen PSV yang lengkap dengan perlindungan insurans. Pemandu juga perlu mengikuti kursus PSV sebelum mendapat lesen berkenaan.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →
Lesen PSV
Kredit gambar: Metro Driving Academy

Mana-mana kenderaan yang melebihi tempoh tiga tahun juga diwajibkan untuk menjalani pemeriksaan supaa kenderaan sentiasa berada dalam keadaan terbaik.

Pendaftaran baharu terbuka kepada mana-mana syarikat pengendali yang mahu menawarkan perkhidmatan e-hailing masih dibuka sehingga Julai tahun hadapan dan sekiranya lebih banyak syarikat pemain di dalam pasaran, ianya bakal mewujudkan persaingan yang sihat dan dapat memberi manfaat kepada para pengguna.

Dalam pada itu, Anthony Loke juga mengingatkan para pemandu aplikasi e-hailing supaya tidak menunggu sehingga hampir tamat tempoh yang diberikan untuk mendaftar lesen PSV mereka.

Sumber