Seorang pemandu Grab baru-baru ini berkongsi satu tangkap layar pendapatannya di Singapura berjumlah S$6,020.20 (RM19,450) di antara 9 Jan hingga 15 Jan.

Bagaimanapun, hantaran terbabit yang mungkin niatnya adalah untuk mencetuskan kekaguman di antara netizen, telah bertukar dengan sebahagian netizen meluahkan rasa bimbang mereka.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Hantaran itu dikongikan oleh sebuah halaman Facebook dengan nama Beh Ciao Lor – Singapore Road pada Jumaat yang lalu dan mendapat pelbagai reaksi netizen.

Menurut gambar tersebut, pendapatan kasar pemandu Grab adalah sekitar S$5,227.82 (RM16,892) selepas ditolak komisen S$792.38 (RM2560.46) dan 8% Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Pada masa yang sama, jumlah pendapatan juga termasuk dengan tip S$2 (RM6.46) dan insentif bernilai S$2,080.70 (RM6,723) dalam tempoh yang sama.

Ini bermakna pemandu membuat sejumlah S$3,147.12 (RM10,169.48) dengan memandu Grab sahaja dalam masa seminggu.

Secara purata, dia memperoleh S$499.50 (RM1,614) sehari, dengan andaian dia bekerja sepanjang tujuh hari.

Bagaimanapun, tiada butiran lanjut seperti kos sewa kenderaan, bayaran petrol, kos letak kereta, dan cara pemandu berjaya mengaut wang itu didedahkan.

Di bahagian komen, kebanyakan netizen meluahkan rasa kurang senang mereka terhadap pemandu tersebut yang berkongsi tangkap layar pendapatannya.

“Pemandu yang bijak tidak pernah mendedahkan pendapatan mereka. Ini akan menjejaskan penawaran dan permintaan masa hadapan,” kata salah seorang netizen.

Sebahagian pula menyatakan kebimbangannya terhadap keselematan pemandu dan penumpang kerana dia bekerja berjam-jam untuk mencapai tahap pendapatan tersebut.

“Bahaya untuk memandu berjam-jam tanpa rehat, ia membahayakan penumpang. Jangka panjang nanti akan membahayakan kesihatan juga.”

Seorang netizen mendakwa bahawa adalah mustahil untuk mencapai angka sedemikian, sambil menambah bahawa dia memandu lapan jam selama tiga hari berturut-turut tetapi tidak dapat memperoleh separuh daripada pendapatan pemandu.

Seorang lagi menuntut butiran lanjut tentang perbelanjaan pemandu dan waktu bekerja.

Manakala sebahagian pula meminta netizen tidak menganggu pemandu tersebut kerana dia hanya mencari rezeki yang jujur untuk dirinya sendiri.