Jika anda memiliki kenderaan, insurans kenderaan yang sah adalah salah satu perkara sangat penting kerana ia dapat memudahkan urusan tuntutan pampasan sekiranya berlaku kemalangan dengan kenderaan yang lain.
Terbaharu, tular satu perkongsian mengenai seorang pemandu Nissan GT-R R35 tidak bertanggungjawab telah meninggalkan keretanya setelah terlibat dalam satu kemalangan.
Menurut pemilik asal hantaran Facebook tersebut, pemandu Nissan GT-R tersebut melanggar sahabatnya selepas dipercayai mabuk ketika memandu. Pemandu tersebut telah meninggalkan kereta Nissan GT-R di tempat kejadian dengan menaiki kereta kawannya yang lain.
Tambahnya lagi, kereta Nissan GT-R tersebut tidak memiliki insurans semasa kemalangan itu berlaku dan telah membuat pertukaran nombor pendaftaran.
Hantaran Facebook itu telah mendapat lebih satu ribu perkongsian oleh peminat-peminat Nissan GT-R di seluruh Malaysia dan pelbagai komen telah dikongsikan oleh netizen mengenai kejadian tersebut.
Dia juga meminta agar orang ramai mengwar-warkan perkara ini agar orang lain tidak ‘terkena’ sekiranya ada pihak menawarkan kereta Nissan GT-R (pernah kemalangan) pada harga murah yang tidak munasabah.
Tidak kira anda memandu apa-apa jenis kenderaan, kena pastikan anda memiliki roadtax dan insurans yang sah supaya tidak menyukar semua pihak sekiranya berlaku kemalangan.
Sebagai pemilik kenderaan, amat penting sekali untuk memahami insurans/takaful yang diambil bagi memudahkan urusan tuntutan pampasan. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.
Perancang Kewangan Kongsi Bagaimana Pampasan Kenderaan ‘Total Loss’ Dikira
Umpama ‘Godzilla Vs Kong’, Kemalangan Dua Kereta Ini Menjadi Bualan Para Netizen
Peguam Ini Kongsi Cara Selesaikan Denda Kesalahan Jalan Raya Yang Melibatkan Mahkamah