Pada hari Sabtu lalu seorang pengguna Facebook berkongsi pengalaman diganggu oleh pemandu Honda City di lebuh raya DUKE menuju ke Ulu Klang.
Identiti lelaki berlagak ala samseng jalanan sambil menunjukkan kad kuasa dalam satu video tular disahkan sebagai anggota polis bantuan sebuah bank.

Baca Juga:
- Model Axia 2023 Tersenarai Dalam ‘Pemalsuan’ Ujian Keselamatan, Ini Penjelasan Daripada Pihak Perodua
- Pak Cik Baju Hijau Naik Angin Selepas Anak Muda Tegur Jangan Merokok Dalam Restoran
- Mat Rempit Tingkatan 2 Cabar Ditangkap, Akhirnya Polis Cekup Dan ‘Take Over’ Live TikTok
HONDA CITY GREY VP 1402 Siap tunjuk kad kuasa POLIS tu! Drive macam setan… Cucuk2 sampai rapat! Keta depan bersusun, speed pon dah cecah 110kmj. Sendiri nak eksiden, nak tunjuk kurang ajaq la pulak!
CC :@PDRMsia @PDRMsia_Trafik @Jspt_Selangor pic.twitter.com/1e3P9qRliw
— Jabatan Netizen Malaysia 🇲🇾 (@jnmalaysia) May 1, 2023
“Hasil semakan, pada 30 April, satu laporan polis diterima oleh anggota Balai Polis Setiawangsa, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju.
“Menurut mangsa, kejadian berlaku membabitkan sebuah Honda City yang dipandu secara berbahaya dan cuba mengganggu perjalanannya,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, suspek tampil ke Balai Polis Pandan Indah, IPD Ampang Jaya bagi membuat laporan berhubung video tular berkenaan.
Kenyataan Media Ketua Polis Daerah Wangsa Maju berkenaan video dakwaan seorang pegawai Polis menjadi samseng jalanan. pic.twitter.com/lAUvRmsELj
— Jabatan Netizen Malaysia 🇲🇾 (@jnmalaysia) May 1, 2023
Katanya, suspek mendakwa mangsa mengganggu laluannya tanpa memberi isyarat sebelum mengubah arah.
“Oleh sebab itu, suspek bertindak menunjukkan kad kuasa polis bertujuan supaya mangsa berhenti.
“Semakan mendapati suspek adalah seorang anggota polis bantuan sebuah bank,” katanya.
Ashari berkata, kes diklasifikasikan sebagai Rujuk Kepada Majistret (RKM) dan akan merujuk kepada agensi polis bantuan berkenaan bertugas untuk tindakan lanjut.
“Sebarang maklumat berkaitan kejadian ini boleh disalurkan kepada IPD Wangsa Maju di talian 03-92899222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.
*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.