Seorang penunggang motosikal berkongsi detik-detik mencemaskan apabila dikejar dan dihimpit sebuah Honda Civic.
Menerusi rakaman dashcam motosikal TikTok @dessthephoenix, ketika dia berada di lorong kanan, kereta Honda Civic datang meluru laju ke arahnya.
Baca Juga:
- Mahu Kejar Teknologi EV China, Honda Dan Toyota Cipta Sistem Operasi Bersama

- Honda HR-V ‘Facelift’ 2025 Debut Tiga Varian, Harga Bermula RM115,900

- Berpenampilan Rambut ‘Emo’, Lelaki Ini Orang Penting Honda

Bukan tidak mahu memberikan laluan, penunggang motosikal tidak dapat menukar lorong kerana kereta penuh di lorong tengah. Sementara di hadapannya pula ada kenderaan lain.
@dessthephoenix Stay safe out there, riders. No one deserves this. #MalaysiaRoadSafety #JPJReport #BikeLifeMY #DangerousDriver #phoenixrides #pdrm
Apabila mendapat peluang, penunggang motosikal segera menukar lorong.
Namun apabila dia menukar lorong, pemandu Honda Civic terbabit dengan sengaja menghimpitnya di lorong tengah sebelum memecut ke hadapan.
Kereta itu juga membuat brake check dan memotong kenderaan-kenderaan secara berbahaya.
Tidak mahu terlibat dengan masalah, penunggang motosikal memecut meninggalkan kereta berkenaan.
Bagaimanapun, selang beberapa minit kemudian pemandu Honda terbabit mengejarnya semula dan menghimpitnya dari belakang.
“Dia memandu laju seolah-olah mahu melanggar saya sekali lagi,” kata penunggang motosikal.
Menurutnya, dia tidak ada membuat apa-apa kesalahan sehingga mengundang kemarahan pemandu kereta itu.
Pada akhir video, penunggang motosikal itu menyatakan dia telah membuat laporan ke atas pemandu berbahaya itu menerusi PDRM dan JPJ.