Setelah hampir dua tahun rakyat ‘terkurung’ akibat pandemik COVID-19, akhirnya pada 10 Oktober lalu Perdana Menteri telah mengumumkan pergerakkan rentas negeri dibenarkan setelah berjaya mencapai 90% populasi dewasa lengkap divaksinasi.

Berita tersebut telah membuatkan orang ramai keluar merebut peluang terbabit untuk ke destinasi masing-masing samada pulang ke kampung atau bercuti di negeri lain.

Seorang pemandu Myvi tidak menyangka niatnya mahu bercuti ke Melaka baru-baru ini telah menjadikan dia sebagai antara ‘tetamu’ terawal yang disambut meriah semasa acara sambutan ketibaan pelancong oleh Ketua Menteri dan Exco Pelancongan Negeri Melaka di Plaza Tol Ayer Keroh.

@farisibrahim94

exit ayer keroh (melaka)..tak sangka jadi org pertama perasmian hehehe alhamdulillah#bossku #ydp

♬ Jalanku Masih Panjang – DJ Topeng

Dalam video TikTok yang dimuat naik olehnya, kelihatan pihak media, wakil kerajaan negeri Melaka serta para petugas yang lain penuh mengelilingi keretanya untuk merakam detik-detik tersebut.

Video tersebut telah meraih ribuan komen daripada pengguna TikTok lain yang turut sama teruja melihat pemandu Myvi itu disambut dengan penuh meriah sekali.

Sumber Gambar: TikTok @farisibrahim94
Sumber Gambar: TikTok @farisibrahim94
Sumber Gambar: TikTok @farisibrahim94
Sumber Gambar: TikTok @farisibrahim94
@farisibrahim94

tngok sat apa YB melaka bgi hahaha #fyp #trimakasih

♬ Thank You Allah (feat. Cat Farish & Ustaz Haris) – Alyah

Dalam satu video yang lain pula, pemandu Myvi tersebut menunjukkan apa hadiah yang dia terima semasa acara sambutan ketibaan pelancong itu. Setiap kenderaan yang berada semasa acara tersebut berlangsung telah menerima satu beg ‘Kit Pencegah Covid’ berisi 2 pek pelitup muka, satu pek tisu lembap anti bakteria, satu botol pembersih tangan, satu botol air mineral dan peta lokasi percutian menarik di negeri Melaka.

Menurut Exco Pelancongan Negeri Melaka, Datuk Muhammad Jailani Khamis, dijangka dalam sehari sekitar 30,000 pelancong bakal masuk ke negeri tersebut. Namun beliau tidak menolak jumlah pelancong boleh menjangkau lebih daripada angka itu berdasarkan kesesakan lalu-lintas yang sedang dialami ketika waktu ini.

Tambahnya lagi, tagline yang pernah digunakan oleh negeri tersebut pada tahun 2019 telah kembali menjadi realiti semula, “Melaka itu jammed, jammed itu Melaka.”

Di Perlis pula, rekod salah laku jalan raya semakin meningkat akibat kemasukkan kenderaan dari tempat lain sejak rentas negeri dibenarkan. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Perlis Rekod Peningkatan Pemandu Langgar Lampu Isyarat Sejak Rentas Negeri Dibenarkan

Remaja Kelantan Kena Denda RM2,000, Daki Bukit Tanpa Lengkap Dua Dos Vaksin

Bawa Keluarga Melancong Naik Helikopter, Perkongsian Hairul Azreen Raih Perhatian Netizen