Seorang pemandu pelik dengan tindakan seorang pemandu teksi yang berterusa mengekori rapatnya.

Kemudian uncle teksi itu berhenti dan membuka pintu. Rupa-rupanya dia mahu mengutip Jalur Gemilang yang jatuh di atas jalanraya.

Selepas mengambil bendera Malaysia itu, pemandu teksi ini memandu seperti biasa. Detik itu dikongsikan oleh seorang pengguna Threads yang menulis:

“Mula-mula ingatkan uncle teksi ni nak rapat sangat sebab apa, rupa-rupanya ada sebab yang buat hati tersentuh.

“Bila dia perasan Jalur Gemilang jatuh dekat pembatas jalan, dia sanggup berhenti dan buka pintu semata-mata nak kutip bendera kita.”

Tindakan pemandu teksi itu meraih pujian netizen kerana semangat patriotiknya yang tinggi.

Walaupun dalam keadaan jalanraya yang agak sesak, namun uncle teksi tetap cuba untuk mengambil bendera yang jatuh di atas jalanraya itu sebagai satu bukti rasa cinta dan hormat kepada Jalur Gemilang.

Dia juga kelihatan sangat ‘smooth’ dalam usahanya mengambil bendera yang jatuh itu.

Salah seorang netizen menulis: “Tabik hormat kepada pemandu teksi ini. Ayuh kita jadikan dia popular.”

Yang lain berkata: “Orang dulu dulu memang menebal semangat patritiok diri mereka tidak kira apa bangsa sekalipun.”