Tular satu klip rakaman berdurasi 1 minit 15 saat di mana pemandu Honda Civic bernombor pendaftaran Singapura enggan memberhentikan kereta walaupun sudah diminta oleh polis Malaysia.

Polis tersebut terpaksa berdiri di hadapan kereta Honda itu dipercayai bagi menahan pemandu tersebut daripada melarikan diri.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Klip video itu telah mengundang rasa marah di kalangan netizen kerana pemandu dari Singapura itu biadap dan angkuh enggan mendengar arahan anggota penguatkuasa Malaysia.

“Macam ini ke perangai rakyat yang mendakwa datang dari First World Country?” ujar netizen.

Dalam pada itu orang ramai meminta supaya penguatkuasa Malaysia dapat melaksanakan undang-undang yang lebih tegas dan ketat kepada pesalah-pesalah dari Singapura yang melakukan kesalahan di dalam negara ini.

Pada penghujung video, menerusi suara yang bercakap di dalam video, wanita itu menyatakan kereta Honda terbabit didatangi oleh dua orang polis Singapura bagi dikenakan tindakan.

Terdahulu, satu laporan mendedahkan terdapat kira-kira 108,757 saman masih belum dijelaskan atas kesalahan yang dilakukan oleh warga Singapura semasa masuk Malaysia.