BERNAMA melaporkan bahawa, seorang pemandu wanita yang memandu kereta jenis Suzuki Swift nyaris maut selepas kereta dipandunya dihempap tiang perancah projek pembinaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) Batu Caves, berdekatan tol Gombak, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada 1.47 tengah hari.

Berikutan itu tujuh anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang dikejarkan ke lokasi kejadian, namun mangsa yang berusia 40-an telah berjaya dikeluarkan oleh orang awam.

“Setibanya pasukan penyelamat di lokasi kejadian didapati tiang perancah binaan projek ECRL itu telah menghempap sebuah kereta jenis Suzuki Swift,” katanya dalam kenyataan itu.

Video kejadian tersebut tular di media sosial. Ramai yang benar benar terkejut dan tergamam melihat kejadian itu.

Ramai netizen meluahkan pengalaman kurang menyenangkan tiap kali melalui kawasan tersebut kerana risau dengan tahap keselamatan.

Namun bbegitu netizen berasa lega apabila pemandu Suzuki Swift tersebut disahkan selamat daripada perkara yang tidak diingini.

https://x.com/bernamadotcom/status/1990678305172021552