Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman menyatakan tertekan pedal minyak dan hilang kawalan menjadi punca sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda WR-V merempuh tembok parkir bertingkat di Pusat Jantung Hospital Sultan Idris Shah, Serdang di sini dan hampir terjatuh pada Selasa.
Memetik laporan Sinar Harian, laporan diterima pihaknya daripada pemandu SUV itu iaitu lelaki berusia 39 tahun.

Baca Juga:
- Ketua Jabatan Honda Akui Cabaran Bina ‘Civic Type R EV’ Yang Menyeronokkan
- Honda Civic Type R Terbabas, Rempuh Bas
- Honda Civic ‘Facelift” 2025 Boleh Ditempah Dengan Harga Bermula RM133,900
Kejadian tersebut telah menyebabkan serpihan batu tembok pecah terkena sebuah Perodua Avanza yang diparkir di bahagian bawah.
“Pemandu Honda WR-V itu bagaimanapun tidak mengalami kecederaan.
“Pemandu itu memaklumkan tiada unsur sabotaj dan kemalangan adalah atas kecuaian dirinya sendiri kerana tertekan padel minyak secara tidak sengaja dan hilang kawalan sebelum merempuh tembok di aras 3B itu,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.