Seorang pengguna Facebook, Tuan Amir Danau berkongsi pengalamannya berdepan dengan lelaki yang didakwa melakukan gangguan seksual terhadap anak perempuannya yang masih kecil.
Pelaku tersebut adalah pemandu yang ditugaskan untuk menghantar anak perempuannya ke sekolah setiap pagi.
“First day dia tanya nama dulu, dia cakap anak aku ni comel lah cantik lah dia cubit-cubit pipi. Esok tu dia start lain, dia start pegang tangan. Dia gosok-gosok, ramas-ramas tangan anak aku. Lepas tu siap tepuk-tepuk peha anak aku siap dia tunduk rapatkan muka ke peha anak aku masa tu.” Amir meluahkan rasa geram.
Pemandu itu juga dikatakan ada meminta nombor telefon daripada anaknya dan memberikan air serta gula-gula.
Selain itu, pemandu itu turut didakwa melakukan hal yang sama sebelum ini. Dia pernah mempunyai beberapa aduan melibatkan gangguan seksual bukan sahaja melibatkan anak, malah kumpulan ibu juga pernah menjadi mangsanya.
Di ruangan komen, Amir mendedahkan satu laporan polis telah dibuat dan pemandunya juga telah ditahan, “Saya kasihan isterinya. Dia menangis & merayu. Mungkin dia tidak tahu apa yang suaminya lakukan,” tambahnya.
Beliau juga memberi jaminan kepada orang ramai bahawa insiden ini tidak ada kaitan dengan perkauman kerana dia akan tetap marah tanpa mengira kaum pelakunya, “Jenayah seksual tidak mengenal agama dan warna kulit.”
Seperti apa yang Amir nyatakan dalam catatannya sebelum ini, kanak-kanak harus diajar untuk bersuara pada bila-bila masa apabila mereka menghadapi gangguan seksual. Ia tidak sepatutnya menjadi rahsia dan pemangsa seksual harus dihentikan sebelum lebih banyak jiwa terluka.
Kerana gayakan tudung warna hijau, gadis ini jadi mangsa gangguan seksual segelintir pengguna TikTok. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.
Kerana Gayakan Tudung Warna Hijau, Gadis Ini Jadi Mangsa Gangguan Seksual Segelintir Pengguna TikTok
Gadis Ini Kongsi Pengalaman Selamatkan Mangsa Gangguan Seksual Di Dalam Tren
Ebit Lew Didakwa Membabitkan 11 Pertuduhan Termasuk Gangguan Seksual