Beberapa hari ini, tular berita pemandu wanita diganggu secara seksual oleh pegawai polis di dua sekatan jalan raya yang berbeza.
Lantaran itu, Bukit Aman telah menarik tugas dua pegawai polis secara serta merta selepas kedua-duanya didakwa terbabit dalam kejadian gangguan seksual terhadap pemandu kereta wanita.

Menerusi laporan, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Zamri Yahya mengatakan bahawa tindakan tersebut dibuat ke atas kedua-dua anggota polis tersebut sehingga siasatan kes berkenaan selesai dijalankan.
Menurutnya, kes tersebut disiasat mengikut prosedur dalam penyiasatan termasuk mencari saksi lain atau rakaman yang dapat mengesahkan dakwaan berkenaan.
Malah, beliau berharap mana-mana pihak yang mengalami situasi yang sama untuk tampil membuat laporan polis supaya siasatan dapat dijalankan dan tindakan sewajarnya dapat diambil.
Bagi anda yang terlepas isu tersebut, klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.
Mesej Mahu Berkenalan, Pegawai Polis Disiasat Kerana Mengambil Nombor Wanita Ketika ‘Roadblock’
Tidak Patuh SOP, 10 Individu Makan Semeja Di Shah Alam Dikenakan Kompaun
Dikompaun RM1,000 Sewaktu COD, Lelaki Ini Jelaskan Isu Surat Saman Yang Sedang Tular