Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengesahkan insiden kekasaran yang melibatkan seorang pembaca meternya semasa menjalankan tugas rasmi di Pangsapuri Taman Bukit Segar, baru-baru ini.

Menurut laporan awal, mangsa diserang oleh dua individu yang tidak dikenali ketika berada di kawasan pangsapuri berkenaan. Kejadian tersebut menyebabkan mangsa mengalami kecederaan dan telah dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan lanjut, petik satu kenyataan menerusi Facebook TNB Careline.

Susulan insiden itu, satu laporan polis telah dibuat dan pihak TNB menegaskan komitmen mereka untuk memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa bagi membantu proses siasatan.

TNB memandang serius terhadap sebarang tindakan yang boleh mengancam keselamatan warga kerja yang sedang menjalankan tugas.

“Orang ramai dimohon memberikan kerjasama kepada petugas TNB serta menyalurkan sebarang pertanyaan atau maklumbalas melalui saluran rasmi TNB,” jelasnya.