Selain dikenali sebagai negeri bersejarah Malaysia, Melaka turut menjadi pilihan beberapa syarikat pengeluar kenderaan mewah terkemuka dunia untuk mendapatkan lampu kenderaan yang menggunakan teknologi diod pemancar cahaya (LED).

Dominant Opto Technologies Sdn Bhd yang berpengkalan di Batu Berendam itu merekodkan permintaan tinggi daripada pengeluar kenderaan mewah terkemuka dunia untuk mendapatkan bekalan produk terbabit, lapor Harian Metro.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Sumber Gambar: Berita Harian

Menurut Exco Perindustrian, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, syarikat tersebut dicatatkan menduduki tempat keempat di dunia sebagai pembekal lampu LED untuk kenderaan mewah.

“Jenama kenderaan terkemuka dunia iaitu BMW X Series antara kenderaan yang menggunakan teknologi LED dikeluarkan syarikat dimiliki anak jati Melaka itu.

“Berdasarkan perancangan awal tahun ini, Dominant Opto Technologies akan meneruskan pelaburan besar di Melaka membabitkan nilai RM1.3 bilion.

“Diharap menerusi pelaburan itu, syarikat terbabit mampu menjadi pelopor teknologi pembuatan LED di negara ini,” jelas beliau selepas mengadakan lawatan kerja ke syarikat itu.

Operasi syarikat itu disokong oleh 2,126 pekerja tempatan dan 404 pekerja asing dengan menyasarkan peningkatan 20 peratus hasil perniagaan dalam sektor berkenaan setiap tahun.

Ketua Pegawai Eksekutif Dominant Opto Technologies Sdn Bhd, Tay Kheng Chiong menyatakan seramai 120 pengkaji terbabit dalam aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) membabitkan aspek reka bentuk serta pengubahsuaian supaya produk dihasilkan mampu bersaing di peringkat dunia.

“Dominant Opto Technologies Sdn Bhd menjadi syarikat tempatan yang telah menerajui teknologi LED di peringkat dunia.

“Syarikat ini juga telah membekalkan sebahagian teknologinya kepada pasaran automotif di luar negara seperti Maserati, Ford, Ferrari dan Porsche.

“Saya harap Dominant Opto Technologies Sdn Bhd dapat terus mempelopori teknologi ini dan akan dibawa ke peringkat kelas pertama bermula di negeri Melaka,” luah harapan tinggi Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menerusi Melaka TV.

*Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Sebelum ini ada seorang lelaki tempatan berjaya mencipta speaker khas untuk hypercar edisi terhad McLaren Senna. Baca lebih lanjut perkongsian beliau melalui pautan di bawah.

Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Cipta Speaker Khas Untuk McLaren Senna

Dulu Dikenali Sebagai ‘Pelumba Kancil Viral’, Kini Bertugas Bersama Pasukan Formula 3 Dari Australia

Rekaan Futuristik Dan Inovatif, Lelaki Ini Kongsikan Konsep Kereta Elektrik Malaysia