Dua minggu yang lalu laman e-commerce GEMFive mengumumkan mereka telah menutup operasi berikutan persaingan yang sengit. Lain ceritanya dengan 11street Malaysia dimana laman e-commerce ini berjaya menarik perhatian dua syarikat besar iaitu Alibaba dan JD.com.

Difahamkan hasrat kedua-dua syarikat ini berminat untuk mendapatkan 11street Malaysia berikutan dua daripada rakan kongsi 11street Malaysia telah mengundur diri sekaligus memberi peluang buat dua syarikat gergasi dari China ini mendapatkan 11street Malaysia.

Latar belakang 11 Street Malaysia

11street_2

Untuk pengetahuan anda, 11street mula diasaskan sekitar tahun 2008. Syarikat ini mengambil masa selama 7 tahun sebelum dilancarkan di Malaysia pada tahun 2015 selepas memilih Indonesia, Thailand dan Turkey sebagai hub e-commerce pada sebelumnya.

Kehadiran laman ini disaat Malaysia dibanjiri dengan laman e-commerce ternyata bukan halangan yang besar buat 11street berikutan promosi serta tawaran yang menarik ditawarkan hampir setiap hari.

Dari segi pemasaran dan bagi memastikan syarikat ini terus berkembang, 11street Malaysia berjaya mendapat dana yang besar daripada Celcom Axiata Berhad serta SK Planet Ltd.

Bagaimana 11 Street mampu mengutungkan Alibaba dan JD.com

Pembelian 11street Malaysia

Seperti yang mungkin ramai daripada anda sudah tahu, Jack Ma sebelum ini telah dilantik sebagai penasihat ekonomi digital Malaysia. Mendapatkan 11street Malaysia ditambah pula dengan saham 83% Lazada Malaysia sekaligus berjaya meletakkan Alibaba sebagai syarikat yang dominant dalam industri e-commerce Malaysia. Kemungkinan pengguna bakal berpeluang mendapatkan barangan daripada Taobao melalui 11street sepertimana yang disertakan pada Lazada.

Buat JD.com pula, mereka berjaya menjadi peruncit terbesar di China dari segi pendapatan. Berbeza dengan Alibaba, JD.com telah memilih Thailand sebagai hub utama mereka di Asia Tenggara. Sebagai usaha untuk meluaskan pengaruh di Asia Tenggara, mendapatkan 11street Malaysia secara tidak langsung berjaya meletakkan JD.com sebagai pencabar terdekat Alibaba.

Sumber