Terdahulu, kerajaan negeri diminta memberi penjelasan mengenai isu yang tular di media sosial mengenai dakwaan pembelian kereta baharu dipercayai untuk kegunaan rasmi Menteri Besar dan barisan Exco kerajaan negeri di Terengganu.

Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Datuk Seri Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalal menjelaskan bahawa pembelian kenderaan utiliti sukan (SUV)  adalah satu prosedur biasa bagi menggantikan kenderaan rasmi kerajaan negeri yang sudah lama, lapor Sinar Harian.

Baca Juga:

Sumber Gambar: Berita Harian

Menurutnya, pembelian kenderaan itu adalah suatu keperluan bagi menjimatkan kos penyelenggaran kenderaan rasmi kerajaan. Tambahan pula, beliau berkata pembelian itu tidak sepatutnya dipolitikkan.

“Penggunaan kenderaan rasmi milik kerajaan terlalu tinggi sekali gus menyebabkan kos penyelenggaraannya membebankan.

“Setakat ini semua kenderaan baharu seperti mana yang tular itu belum diagihkan. Jadi pembelian kenderaan baharu tersebut tidak perlu dipolitikkan kerana diluluskan menerusi bajet pentadbiran kerajaan negeri pada tahun lepas,” katanya.

Bukan itu sahaja, pembelian kenderaan rasmi baharu itu adalah di bawah peruntukan yang diluluskan kerajaan selepas dibentangkan pada pembentangan Bajet 2022 lalu. Jadi, ia tidak menyalahi peraturan.

Sumber Gambar: FB @Aliya Ayapam

Tidak cuma itu, Jabatan Perhutanan negeri juga menerima kenderaan pacuan empat roda untuk kegunaan mereka selepas pembelian berkenaan diluluskan oleh kerajaan negeri.

“Jadi pembelian itu tidak pula dipersoalkan oleh mana-mana pihak termasuk pemimpin politik kerana ia memang prosedur biasa dalam menggantikan kenderaan yang sudah uzur dan lama,” ujarnya lagi.

Sumber