Di saat atlet lain bergembira dengan kemenangan yang diraih di dalam acara Olimpik Paris 2024, namun berbeza pula dengan kisah pemenang emas dalam gimnastik daripada Filipina ini.
Walaupun berjaya meraih emas buat kedua kalinya menerusi karier sebagai gimnas di dalam acara Sukan Olimpik Paris 2024, Carlos Yulo telah meluahkan kisah sedih yang lama dipendam berkenaan hubungan dirinya bersama ibu kandung.

Menerusi akuan rasmi TikTok Carlos, dia mendedahkan perbuatan ibunya, Angelica Yulo yang didakwa mengeluarkan duit daripada akaun banknya tanpa sebarang keizinan.
Menurut laporan Forbes, Angelica telah memegang akaun bank Carlos dan dia juga telah merahsiakan tentang wang kemenangan milik Carlos dalam pertandingan yang pernah disertai sejak tahun 2020 lagi.
Meskipun, Angelica Yulo telah menafikan tuduhan tersebut, dia tetap mengaku telah memindahkan wang ke akaun peribadinya untuk simpanan masa depan Carlos.
“Kalau saya tak periksa sendiri, saya tak akan tahu yang saya tak pernah menerima wang insentif, dan saya juga tak pernah meminta. Sepatutnya ia berjumlah 6 angka, bukan setakat p70,000 (~RM5.4K),”kata Carlos.
Walaupun dilayan sebegitu rupa, Carlos Yulo berkata dia sama sekali tidak kisah tentang wang tersebut, cuma dia mahu mengkritik cara ibunya yang telah menyembunyikan dan menguruskan wang itu tanpa persetujuannya.
Carlos juga menjelaskan bahawa hubungan mereka mula dingin kerana ibunya tidak merestui hubungannya dan teman wanita. Dia mendakwa Angelica mengatakan bahawa teman wanitanya itu hanya ingin mengambil kesempatan terhadapnya.
@carlosedriel @kulowi ʚ(╹.╹)ɞ
Susulan itu, dia turut mempertahankan teman wanitanya, Angel San Jose dengan mengatakan dia tidak bersamanya kerana wang yang diraih semata-mata. Malah, dia menegaskan teman wanitanya mempunyai pendapatan sendiri serta sedia membantu sewaktu dalam keadaan sukar.
Carlos sudah memaafkan ibunya dan berharap keluarganya boleh berubah dan hidup dengan tenang di Filipina.
Video yang tular itu langsung meraih perhatian dunia dan rata-rata netizen turut bersimpati dengan nasib yang ditimpa oleh atlet tersebut serta mendoakan hubungan bersama teman wanita akan kekal utuh walau diuji dengan perkara sebegini.