Walaupun iPhone 15 Pro dianggap sebagai telefon pintar Apple paling berkuasa setakat ini, sudah kedengaran beberapa isu serius yang boleh menjejaskan pengalaman penggunaan menerusinya.

Sejak minggu lepas lagi, sebahagian pemilik BMW telah melaporkan bahawa cip NFC iPhone 15 mereka tidak boleh lagi berfungsi selepas mengecas peranti itu dengan pad pengecasan ‘wireless’ dalam kereta mereka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Berdasarkan komen yang dikongsikan menerusi Forum MacRumors dan X, pelanggan yang terjejas mengatakan iPhone mereka bertukar ke mod pemulihan data dengan skrin putih dan cip NFC tidak lagi beroperasi berfungsi selepas iPhone reboot semula.

Sumber Gambar: MacRumors

Kepentingan cip NFC di dalam iPhone adalah bagi membolehkan para pemilik menggunakan ciri Apple Pay dan juga kunci kereta digital. Pengguna yang terjejas bakal menerima mesej ralat “Could Not Set Up Apple Pay” dalam aplikasi Wallet. Setakat ini masih belum ada jalan penyelesaian.

Sesetengah pelanggan juga memaklumkan Apple sedia menggantikan iPhone mereka yang disahkan cip NFC gagal berfungsi, tetapi iPhone gantian itu masih terdedah kepada isu yang sama.

Walaupun aduan terkini hanya membabitkan pengguna iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max, terdapat kemungkinan model iPhone 15 biasa juga akan terjejas dengan isu yang sama.

Masih tidak diketahui punca sebenar kepada isu berkenaan serta berapa ramai  pelanggan yang terjejas dan model spesifik BMW yang terlibat.

Jadi kepada pemilik siri iPhone 15 diminta untuk hanya mengecas peranti menggunakan pengecas yang disediakan sahaja sehinggalah isu ini benar-benar diselesaikan.

Sumber