Pada hari semalam pasangan suami isteri telah tampil menjernihkan keadaan berhubung satu video yang tular di media sosial di mana mereka bertelingkah dengan pemilik sebuah carwash.

Sedar isu video tersebut tular di media sosial, pemilik carwash berkata akan membuat satu aduan perlindungan bukan ancaman selepas dinasihati individu yang menghubunginya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Beliau juga mengakui atas kesalahan dirinya hilang sabar, di mana ia berpunca kelakuan kurang sopan atas tuduhan terhadapanya.

“Kelakuan saya tidak professional. Video tersebut hanya tayangkan apabila saya hilang sabar.

“Saya diancam oleh pelangan dan sebab itu saya kelakuan kurang sopan. Sesungguhnya adab dan kesopanan itu penting dan saya minta maaf atas kurang kesempurnaan saya,” petik hantaran Facebook kedai carwash itu.

Tambahnya lagi, beliau menafikan dakwaan mematahkan kunci kereta pasangan suami isteri itu.

“Sebab tuduhan patahkan kunci, itu saya tegak dengan kebenaran. Saya jujur tidak patahkan dan saya juga kenal diri saya sebagai seorang yang bertanggung jawab.

“Maaf sekali lagi dengan kelakuan saya yang tidak membawa kehormatan dan juga dipandang hina. Harap menjadi satu tauladan dan pelajaran untuk kita semua.

“Saya redha dengan fitnah dan ujian ini,” jelas lelaki itu.