Memang tidak dinafikan, dengan zaman serba moden ini semuanya boleh dikawal secara digital termasuklah kereta dan pagar automatik dirumah.

Disebalik kemudahan boleh mengawal menerusi alat kawalan atau aplikasi, timbul pula kelemahannya di mana boleh digodam oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Inilah yang terjadi kepada seorang individu yang mendakwa pintu pagar dan kereta MPV mewah miliknya telah diakses secara haram oleh sekumpulan penjenayah di kediaman pada awal pagi baru-baru ini.

Difahamkan kejadian yang berlaku di Meru, Ipoh pada pukul 3.50 pagi pada Sabtu lalu. Pemilik mendedahkan kereta Alphard dan pagar automatik telah dinyah kunci dengan mudah oleh suspek yang dipercayai menggunakan satu alat kawalan dengan keupayaan mengodam signal barang elektronik.

Lebih menakutkan lagi apabila suspek langsung tidak takut walaupun mangsa sudah menyergah dan menghidupkan penggera kereta sebagai amaran. Tempoh masa yang diambil untuk berbuat sedemikian adalah sekitar 5 minit ke 7 minit sahaja yang mana termasuklah cubaan menghidupkan enjin.

Namun apakan daya, pemilik hanya mampu melihat kereta miliknya dibawa lari dan tidak mampu berbuat apa-apa selain hanya merakam kejadian sebagai bukti. Dia berkata risau akan keselamatannya jika cuba berdepan dengan penjenayah yang mungkin memiliki senjata mahupun bantuan lain di luar.

@farrahouz1

Mohon viralkan.. perompak kereta tak takut even owner nampak kerja merompak dorg. Special attention to Alphard/ Wellfire/ Raptor. Perompak daring gila.

♬ Late Night Vibe – Rude Boy

Video yang dikongsikan di akaun TikTok @wafaizham menjadi tular dan meraih perhatian netizen. Rata-rata netizen bersetuju jikalau ada baiknya para pemilik kenderaan mengambil langkah berjaga dengan cara tradisional iaitu menggunakan steering lock dalam langkah menyukarkan kecurian.

Pemilik Dakwa Kereta Alphard Kena ‘Hack’, Dibawa Lari Dalam Masa 7 Minit Sahaja
Sumber Gambar: TikTok
Pemilik Dakwa Kereta Alphard Kena ‘Hack’, Dibawa Lari Dalam Masa 7 Minit Sahaja
Sumber Gambar: TikTok

Dalam masa sama, ramai turut menyarankan setiap pemilik kereta untuk memasang alat penjejak GPS atau Airtag yang mudah didapati di dalam pasaran.