Jenama iPhone sering dikaitkan dengan ciri keselamatan yang padu. Namun, tidak bagi individu bernama Aaron Johson kerana beliau mengetahui cara memecah masuk iPhone anda dengan mudah tanpa menggunakan sebarang perisian.

Baru-baru ini, beliau telah ditemu ramah di dalam penjara oleh wartawan Wall Street Journal yang mana mendedahkan bagaimana beliau boleh masuk dan mengambil alih iPhone dalam beberapa saat sahaja.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Untuk makluman Aaron Johnson kini sedang menjalani hukuman di Kemudahan Pemulihan Minnesota kerana pernah menjadi penjenayah dengan mencuri ratusan unit iPhone dan hasil curian mencecah jutaan ringgit.

Waran tangkap mengatakan beliau mencuri sebanyak $300,000 (~RM1.4 juta) tetapi Johnson mengatakan bahawa jumlah sebenarnya boleh mencecah puluhan juta.

Johnson pada asalnya hanya mencuri iPhone, menghapuskannya, dan kemudian menjualnya semula.

Beliau menjelaskan bahawa beliau terpaksa menghasilkan sesuatu untuk menjana wang, dan mencuri iPhone dek kerana desakan ketiadaan kerja, kehilangan tempat tinggal dan bertanggungjawab untuk kanak-kanak.

Namun, beliau mula menyedari bahawa terdapat lebih banyak wang yang terlibat dalam mencuri iPhone dengan mengambil alih ke atas peranti itu tanpa pemilik telefon mengetahui apa yang berlaku.

Cara memecah masuk iPhone dalam masa 10 saat

Johnson mendedahkan beliau akan melepak di bar Minneapolis sambil memerhati pengguna iPhone memasukkan kod laluan enam angka mereka.

Selain melihat dengan sengaja untuk menangkap pengguna iPhone memasukkan kod laluan mereka, dan beliau juga mempunyai sistem untuk mendapatkan pelajar kolej untuk mendedahkan kod laluan mereka.

Hal ini kerana ramai di antara mereka selalu dalam keadaan mabuk. Lalu, Johnson akan mendekati mereka dan mengatakan beliau mempunyai dadah sebagai tipu helah semata-mata.

Johnson akan menawarkan untuk memasukkan maklumatnya ke dalam telefon mereka dan apabila peranti di tangannya, beliau akan mengunci peranti dan meminta kod laluan atau menyerahkan kembali kepada pemilik untuk menyaksikan mangsa membuka kunci iPhone tersebut.

Setelah Johnson mempunyai telefon dan kod laluan iPhone itu, beliau akan pergi ke Tetapan, lalu ke iCloud dan klik tetapkan semula kata laluan.

Selepas memasukkan kod laluan yang dicuri, beliau akan menukar ke nombor sendiri. Beliau turut mematikan Find My iPhone padanya sekaligus menjadikan peranti  iPhone itu terkunci sepenuhnya.

Susulan itu, semua pengguna iPhone diingatkan untuk melindungi kod laluan peranti masing-masing daripada orang luar atau tidak dikenali. Perkara ini berkait rapat dengan social engineering yang mana salah satu skill kritikal yang digunakan oleh penjenayah dalam mengakses maklumat peribadi seseorang.

Dengan kod laluan, seseorang boleh menukar Apple ID anda dan mendapatkan akses kepada akaun anda. Johnson mendedahkan bahawa beliau boleh mengunci seseorang daripada peranti iPhone dan menukar kata laluan dan ID Apple dalam masa lima hingga 10 saat sahaja.

Bahkan, Johson juga bakal menukar Face ID supaya wajahnya sendiri boleh membuka kunci peranti dan memberi akses kepada kata laluan yang digunakan menerusi perbankan, sekuriti dan aplikasi kewangan lain.

Seperti yang dinyatakan oleh Johnson, sebaik sahaja anda mempunyai wajah anda di Face ID, “anda mendapat kunci kepada segala-galanya”.

Jika kalau beliau tidak dapat membuka kunci telefon dengan wajahnya, beliau akan membuka aplikasi Notes yang beliau dapati sebagai harta karun maklumat kerana disitulah Johnson akan menemui segala kata laluan dan nombor keselamatan sosial mangsanya yang biasa di simpan oleh mangsa di situ.

Selepas memecah masuk iPhone, Johnson akan menghabiskan wang menerusi akaun bank milik mangsa. Beliau akan pergi membeli-belah dengan talian kredit mangsa yang tidak digunakan.

Selepas itu, barulah menghapuskan maklumat pemilik iPhone asal, beliau akan melakukan tetapan semula dan menjual telefon tersebut.

Johnson berkata, beliau dapat mencuri iPhone dari jam 5 hingga 10 malam di mana beliau mampu mendapatkan sebanyak 30 iPhone pada hujung minggu. Difahamkan telefon pintar yang dicuri akan menjana $20,000 (~RM93,110) dalam seminggu.

Sumber