Jenama Apollo sudah lama bertapak di Malaysia yang mana majoriti pengguna tempatan sudah membesar dengan snek mereka.

Terbaru, Scoop Capital Sdn Bhd telah mengambil-alih 51.31% pegangan pada syarikat Apollo Food Holdings Berhad.

Baca Juga:

Scoop Capital yang turut merupakan pemegang francais induk jenama Baskin-Robbins di Malaysia dan Singapura melalui syarikat Golden Scoop Sdn Bhd, telah mendapatkan pegangan 51.31% daripada pemegang saham utama syarikat Keynote Capital Sdn Bhd, pada nilai RM238.1 juta.

Selaras dengan pengambil-alihan pegangan ini, Scoop Capital juga turut bertanggungjawab dalam menawarkan pengambil-alihan mandatori tanpa syarat untuk baki pegangan pada harga RM5.80 sesaham.

Namun, Scoop Capital menyatakan mereka berhasrat untuk kekalkan status Apollo di pasaran utama Bursa Malaysia.

Untuk makluman, Apollo telah disenaraikan di bursa sejak tahun 2000 yang lepas, dan ia konsisten menjana keuntungan dan membayar dividen kepada para pelabur.

Menariknya, saham dalam Apollo Food Holdings Bhd melonjak ke paras tertinggi tujuh tahun selepas ia mengumumkan bahawa Scoop Capital Sdn Bhd, pemegang francais Baskin-Robbins memperoleh pegangan kawalan dalam syarikat itu.