Warganet meluahkan rasa duka di media sosial selepas salah sebuah kenderaan yang terlibat dalam insiden kemalangan di Kilometer 110.4, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 melibatkan pasangan suami isteri yang juga pemilik kafe terkenal di Kuantan.
Menerusi hantaran Threads @rahasiakopitiam, kedua-dua mangsa itu merupakan rakan dan pemilik kepada Secangkir Cafe.
Tragedi LPT: Lori Tangki Hilang Kawalan Dipercayai Punca Rempuh Deretan Kenderaan
“Innalillahiwainnailaihirojiun. Dengan hati yang amat berat, kami menerima berita pemergian sahabat kami, pemilik
@secangkircafe, Sofiya dan Naza serta anak mereka yang terlibat dalam satu kemalangan di LPT malam tadi.
“Satu kehilangan yang begitu besar dan sukar untuk kami terima. Perginya satu keluarga meninggalkan seribu kenangan buat semua yang mengenali mereka.
“Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah dan mendoakan agar mereka ditempatkan dalam kalangan insan yang beriman dan beramal soleh.
“Takziah buat seluruh ahli keluarga dan mereka yang mengenali arwah. Semoga diberikan kekuatan menghadapi kehilangan yang amat berat ini. Al-Fatihah.
View on Threads
Berita pemergian pemilik kafe tersebut turut dikongsikan oleh TikTok @seketulcafe.
“Dengan penuh rasa dukacita, kami dari Seketul Cafe ingin menyampaikan salam takziah buat pemilik Secangkir Cafe dan seluruh ahli keluarga atas pemergian insan-insan tersayang dalam tragedi kemalangan di LPT.
“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas semua arwah, mengampuni segala dosa mereka dan menempatkan mereka di tempat yang terbaik di sisi-Nya.
“Semoga keluarga yang ditinggalkan dikurniakan kekuatan, kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi kehilangan yang amat berat ini. Al-Fatihah buat semua arwah,” kongsinya.