Beberapa hari lalu telah tular video dan foto sebuah kereta Volkswagen Beetle yang terkena simbahan oleh air bocor yang kotor.
Air tersebut adalah daripada air saluran paip sisa makanan yang berbau.
Ramai yang simpati dengan pemilik kereta tersebut dan mahu tahu apakah pampasan yang bakal diterima wanita itu.
Kerana apa yang berlaku adalah kesilapan daripada pengurusan pasaraya tersebut. Pemilik kenderaan pula parkiri di tempat yang disediakan.
Malah ada yang menyatakan bahawa, bayar mahal mahal parkir di situ namun dapat ‘hadiah’ air busuk pula. Awalnya ada yang menjangkakan itu air daripada tandas.
Ternyata bukan, ianya masih kotor, kerana air daripada saluran untuk sisa makanan.
Pemilik kereta tersebut seorang wanita yang dikenali dengan Eyera. Dia menyatakan bahawa pampasan yang ditawarkan oleh pengurusan pasaraya itu agak tidak adil.
Di mana dia ditawarkan cucian kereta percuma untuk setahun.
Rundingan masih lagi berjalan antara kedua dua pihak kerana Eyera keberatan menerima tawaran tersebut.
Dipetik daripada Beautifulnara, Eyera berkata: “Disebabkan tindakan membuka pintu kereta itu jugalah, mungkin ada percikan air yang masuk sampaikan kereta saya berbau masam sampai sekarang.
“Buat masa sekarang, ia masih dalam proses perbincangan dan kita tunggulah apa pihak pengurusan boleh buat. Saya tak minta apa-apa lagi.
“Mereka ada tawarkan nak bagi saya servis cuci kereta secara percuma selama satu tahun. Tapi saya tinggal di Damansara, takkanlah saya nak pergi ke pusat beli belah itu semata-mata untuk basuh kereta. Nak kena bayar parkir lagi.
@eyerv A lil surprise after dinner from TRX🥴🥴 #fyp #trx #malaysia
“Lepastu berapa banyak kali pula saya nak basuh kereta dalam satu tahun tu, jadi saya rasa tak adil.”
Eyera akui pengalaman itu membuatkan dia trauma. Dan kini dia lebih memilih untuk menaiki pengangkutan awam sahaja untuk ke pasaraya.