Pernah menjadi tular beberapa tahun lalu sebuah rumah dikelilingi projek pembinaan lebuh raya baharu ekoran pemilik rumah berkeras kepala tidak mahu berpindah.

Pemilik rumah yang dikenali sebagai Huang Ping berjumlah 1.6 juta yuan (RM1.04 juta) dan kediaman baharu yang ditawarkan pihak berkuasa selepas seluruh kawasan perkampungan asal di Jinxi, barat daya Shanghai, China dirobohkan.

Pemilik rumah
Sumber Gambar: Reuter

Media tempatan melaporkan dia menolak kerana tidak berpuas hati dengan tawaran tersebut.

Lebih memeningkan kepala, infrastruktur tersebut dibina lebih tinggi dengan permukaan jalan menyamai bumbung rumahnya.

Difahamkan kerajaan sudah beberapa cuba berunding tentang perihal tersebut dalam mendapatkan tanah bagi pembinaan lebuh raya berkenaan tetapi semuanya hanya menemui jalan mati sahaja.

Mahu tidak mahu, kerajaan terpaksa membina di sekeliling rumahnya bagi menjayakan projek lebuh raya demi kegunaan orang awam untuk bergerak ke destinasi yang dirancang.

Rumah itu cukup terkenal dilihat seperti bentuk mata dari pemandangan udara kini dilingkungi tembok konkrit di tengah-tengah laluan lebuh raya berkenaan.

Memandangkan projek itu sudah semakin hampir siap, timbul kekesalan dengan keputusannya kerana terpaksa menghadapi bunyi bising dan debu projek tersebut.

Dia bersama cucunya yang berusia 11 tahun kini menetap di pusat bandar dan akan kembali semula ke rumahnya selepas projek itu selesai.

Sampaikan penduduk setempat menggelar Ping sebagai ‘pemilik rumah paling keras kepala di China’.

Walaubagaimanapun, rumah itu turut menarik perhatian komuniti setempat dan menjadi lokasi kunjungan ramai untuk merakamkan gambar kerana keunikannya.

“Saya bimbang dengan bunyi bising apabila lebuh raya itu mula dibuka pada musim bunga ini. Saya rasa amat menyesal,” katanya.

Malah, dia turut berkata jika diputarkan balik masa, dirinya pasti akan menerima tawaran kerajaan pada ketika itu.

 

Sumber