Sebelum ini kita kerap terbaca berita Tesla terbakar di luar negara, bagaimanapun pada malam semalam sebuah Model Y tiba-tiba terbakar di Jalan Puchong Jaya, Puchong, Selangor, malam tadi.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.32 malam.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Puchong digerakkan ke lokasi kejadian, petik laporan Astro Awani.

“Setibanya di lokasi, bomba mendapati ia melibatkan sebuah kereta jenis Tesla yang terbakar sebanyak 70 peratus dan tidak melibatkan mangsa.

“Kebakaran bagaimanapun berjaya dipadamkan bomba sepenuhnya dan diserahkan kepada pihak forensik untuk tindakan lanjut.

“Difahamkan, pemilik kenderaan itu parkir seketika untuk pergi makan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambah beliau lagi, kes itu diserahkan kepada pihak forensik untuk siasatan lanjut.

*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.