Baru-baru ini seorang wanita terkejut apabila melihat ekzos kereta Volkswagen Beetle miliknya mengeluarkan ‘rambut’ yang panjang.
Hantaran Facebook itu mendapat pelbagai reaksi netizen. Ramai tertanya-tanya apakah benda yang keluar itu.
Baca Juga:
- Gara-Gara ‘Mulut Kurang Ajar’, Pemandu Trak Pikap Dan Volkswagen Dirakam Bertumbuk
- Aktivis Iklim Gam Tangan Di Lantai, Kecewa Pekerja Volkswagen Tidak Endahkan Kehendak Mereka
- Lelaki Pandu Volkswagen Didakwa Curi Ayam Mentah Untuk Bisnes Ayam Golek
Pada masa ada netizen membuat jenaka rambut panjang itu milik ‘Cik Ponti’ yang tersangkut di dalam kereta tersebut.
Bagaimanapun menurut beberapa individu yang berpengalaman, benda yang keluar daripada ekzos itu bukanlah ‘rambut Cik Ponti’.
Sebaliknya ia adalah fiber yang ada di dalam ekzos. Fungsinya untuk menebat bunyi yang keluar supaya tidak terlalu bising.



Bagaimanapun apabila sudah sampai masa, fiber itu tercabut dan keluar daripada ekzos.
Tambah netizen lagi ‘rambut’ itu tidak boleh dibaiki lagi. Pemilik Volkswagen kuning itu perlu menukar ekzos yang baharu.