Peminat Aina Abdul dituduh overclaimed ketika mereka menganggap penyanyi itu sebagai yang pertama melengkapkan kemenangan dalam kesemua kategori di Anugera Juara Lagu.

Baru baru ini Aina Abdul telah memenangi kategori Persembahan Terbaik Anugerah Juara Lagu Ke-39.

Taobao
HYPE
Raya Extra Meriah! 5 Dekorasi DIY Dari Taobao Wajib Ada Untuk Rumah Anda!
Baca lagi →
Aina Abdul
Foto: FB TV3 Malaysia

Lantas peminatnya meraikan dengan mendakwa Aina Abdul kini melengkapkan kemenangan dalam kesemua kategori termasuk naib juara dan tempat ketiga.

Dan Aina Abdul didakwa menjadi artis pertama melakukannya di pentas Juara Lagu.

“Juara AJL ke-37 [Terus Hidup]; Naib Juara AJL ke-35 [Semalam]; Vokal Terbaik untuk 3 tahun berturut turut AJL Ke-36,37 dan 38.

“Persembahan Terbaik AJL ke-39 [Sudah Puas]. Artis pertama yang ada anugerah lengkap dekat AJL.

komen

Namun kenyataan itu dibidas oleh netizen lain. Di mana mereka menyatakan orang pertama yang  melakukannya adalah Hafiz Suip, bukannya Aina Abdul.

Peminat Aina Abdul dituduh overclaimed

Malah pencapaian Hafiz Suip dalam AJL benar benar luar biasa. Dia boleh digelar sebagai ‘legenda’ hidup untuk AJL.

Netizen di X menulis: “Maafkan saya, namun Hafiz Suip adalah yang pertama melengkapkan set lengkap anugerah AJL.

“Juara AJL menerusi Awan Nano dan Bahagiamu Deritaku. Tempat kedua AJK menerusi Terimaku Seadanya dengan penampilan khas Misha Omar.

“Tempat ketiga AJL menerusi Noktah Cinta dan AJL Ke-27 menerusi Ku Akui.

“Vokal Terbaik, pemenang 4 kali dalam AJL 25,26, 27 dan ke-34.

“Persembahan Terbaik dalam AJL ke-28 dan Ke-34.”

Netizen geleng kepala dan peminat Aina Abdul dituduh overclaimed kejayaan artis kesayangan mereka.

Ada yang menulis: “Aina Abdul ini ok je, tetapi perangai segelintir peminat fanatik dia ni membuatkan orang menyampah.”

aina abdul

Ada juga yang mengimbas kembali detik peminat Aina Abdul mahukan penyanyi itu dijulang sebagai penyanyi no.1 Malaysia bukannya Datuk Siti Nurhaliza.

Seorang lagi berkata: “Mungkin kalau dia tulis artis wanita pertama, itu betul, bukannya artis keseluruhannya.”