Ada peminat badminton percaya bahawa Lee Zii Jia sebenarnya tidak perasan bahawa bendera yang dicetak pada bajunya adalah terbalik.
Penaja Lee Zii Jia, Victor sudah memohon maaf di atas kesilapan tersebut dan mengambil tanggungjawab di atas apa yang berlaku.
Sambil menegaskan bahawa ianya kesilapan yang akan dipastikan tak akan berulang lagi di masa akan datang.
Victor turut menegaskan bahawa mereka sentiasa menghormati rakyat dan negara Malaysia termasuk bendera Jalur Gemilang.
Victor menulis: “Kami dengan ikhlas memohon maaf kepada semua peminat badminton Malaysia dan Lee Zii Jia atas kesilapan pada jersinya semasa Jelajah Dunia Akhir BWF hari ini.
“Bendera Malaysia melambangkan perpaduan dan identiti. Justeru, kami amat kesal dengan sebarang tindakan tidak disengajakan yang disebabkan oleh kesilapan ini.”
Victor Malaysia dalam kenyataan dimuat naik di akaun X, mengakui kesilapan dan kesal dengan insiden berkenaan sambil menjelaskan ia tidak menggambarkan rasa hormat terhadap Malaysia, simbol kebangsaan atau kebanggaan dan kehormatan mewakili negara di pentas antarabangsa.
— BERNAMA TV 🇲🇾 (@BernamaTV) December 11, 2024
Ada pihak mempersoalkan Lee Zii Jika yang dianggap seolah olah sengaja memakai baju terbalik itu. Ianya dianggap sangat sensitif kerana melibatkan bendera kebangsaan.
Namun tuduhan itu dibantah oleh segelintir netizen yang mempertahankan Lee Zii Jia.
Video menunjukkan detik Lee Zii Jia menukar bajunya tular. Dan ramai berpendapat pemain itu terlalu fokus untuk memulakan semula permainan sehingga tidak sedar bahawa baju yang dipakainya itu ada bendera Malaysia terbalik.
Siapa nak video tukar baju Lee Zii Jia kemarin. Tengok lah baju tu baju baru masih ada tag ya. pic.twitter.com/QhVOD0TMoL
— ً (@galilelleo) December 12, 2024
“Kalau tengok dia pun pakai sauk je baju tu,” kata seorang peminat yang percaya Lee Zii Jia terlepas pandang perkara tersebut. Kerana tidak pernah berdepan dengan kesilapan seperti ini.
Jadi warganet menganggap adalah tidak adil untuk persalahkan Lee Zii Jika. Namun percaya kejadian ini boleh dijadikan pengajaran kepada semua pihak di masa hadapan.
Ya tu interval game ke 2 dia tak sedar pun bcs baju tu fresh dari plastic and masih ada tag. Umpire dah suruh dia get ready on court. Lepas main dia dah tukar balik for interview. pic.twitter.com/M6Bz3EZE3j
— ً (@galilelleo) December 12, 2024
Selain itu baju itu juga dilihat baju yang baharu dan masih ada tag.
"Takkan player tak perasan" "sengaja je ni"
👇🏼bukti ada di bawah
part 1 (camera bwftv)
part 2 (sambungan kat fancam)p/s: gambar ke-3 bukti ianya BUKAN dari awal game macam yang korang duk sebarkan. Ini waktu interval game ke-2.
salah tetap salah but ini fakta jugak https://t.co/wBWlfG0PH3 pic.twitter.com/BzaZ1ccCUb
— Teng (@Wanfatinfiqah) December 12, 2024
Dalam perkembangan di atas gelanggang,Zii Jia berjaya menewaskan Tien Chen 21-13, 21-15 dalam aksi pertama kumpulan A.