Ramai peminat setia Star Wars yang tidak sukakan The Last Jedi. Dan ada yang merasakan The Last Jedi tidak layak dianggap sebagai salah satu filem di bawah franchise Star Wars.

Pawagam di China juga menarik keluar filem The Last Jedi dari pawagam kerana tidak berjaya menarik perhatian penonton ke pawagam walaupun ianya diterima baik di Amerika Syarikat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dan secara tiba-tiba, ada satu kumpulan peminat setia Star Wars yang mahu membuat kembali filem The Last Jedi dengan skrip yang ditulis mereka sendiri. Lebih menarik adalah mereka berkata mereka sudah mempunyai dana untuk menghasilkan filem remake The Last Jedi ini.

Kempen ini dikhabarkan sudah mempunyai beberapa produser dan mereka turut terbuka untuk menerima sumbangan daripada peminat setia Star Wars. Kempen ini setakat ini telah berjaya mengumpul USD13 juta dan ianya mendapat respon yang pelbagai di laman Twitter.

Aktor Seth Rogen antara yang bersuara dan tidak percaya kumpulan ini mempunyai budget sehingga USD200 juta untuk menghasilkan kembali The Last Jedi. Tuan pengarah The Last Jedi, Rian Johnson juga turut ‘mahu’ karya remake ini menjadi kenyataan.

Buat peminat Star Wars, pada pandangan anda, adakah The Last Jedi begitu teruk? Kami tengok ianya OK sahaja. Tidaklah sehingga ianya perlu dibuat kembali.