Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud menyatakan kerajaan sedang mempertimbangkan untuk mengembalikan semula sekatan perjalanan keluar negara ke atas peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang masih berdegil enggan membayar pinjaman.
“Sekatan keluar negara sedang dalam pertimbangan, tetapi buat masa ini belum ada keputusan.
Baca Juga:
- Netizen Doakan Cikgu Kembali Sihat Selepas PTPTN Umum Hutang Pelajar UPSI Maut Dilupuskan

- Iklan PTPTN Di KLIA2 Buat Peminjam ‘Sentap’ Undang Pelbagai Reaksi Netizen

- 400,000 Peminjam PTPTN Sudah ‘Graduate’ Sedekad Lalu Masih Belum Bayar Sesen Pun

“Mungkin kita akan kaji semula tetapi buat masa ini belum ada pertimbangan untuk mengadakan sekatan kepada peminjam kita,” katanya ketika sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Lim Lip Eng (PH-Kepong) sama ada kerajaan akan mengembalikan sekatan perjalanan keluar negara bagi pesalah tegar yang enggan membayar pinjaman PTPTN walaupun mampu, petik Berita Harian.