Sebuah kereta perodua Bezza berwarna perak, telah dipandu dalam keadaan sangat bahaya dan melulu.
Dalam kejadian yang berlaku di Dataran Merdeka, kereta tersebut telah melanggar lampu merah dan hampir melanggar pejalan kaki yang melintasi jalan.
Pejalan kaki tersebut melintas jalan di kawasan yangg dikhaskan dan mengikuti peraturan lalu lintas. Malangnya, seorang pemandu yang memecut dari belakang telah hampir menyebabkan kecelakaan.
Netizen segera meminta pemandu tersebut ditangkap dan dipenjara. Ini kerana tindakannya sangat bahaya dan diibaratkan seperti ‘cubaan membunuh’.
Portal My News Hub menuulis: “Tolong penjarakan pemandu jenis ini. Bukan sahaja melanggar lampu isyarat merah, malah dah macam cubaan untuk membunuh.
“Semoga akak tersebut baik baik sahaja.”
Tolong penjarakan driver jenis ni….
Bukan langgar traffic light je, dah macam cubaan membunuh. Moga akak baik baik saja 😭
BQH 9923
📍Dataran Merdeka 23.9.25 pic.twitter.com/KNdc210Joh— MYNEWSHUB (@mynewshub) September 23, 2025
Ramai yang lega kerana pejalan kaki tersebut selamat daripada insiden yang mencemaskan itu.
Seterusnya, ada juga mendesak kerajaan mengetatkan lagi undang undang dan hukuman ke atas pesalah trafik yang melanggar lampu merah.
Ini kerana ramai yang berkongsi pengalaman ngeri berdepan dengan pemandu yang melanggar lampu isyarat merah.
Seorang lagi netizen mendakwa pemandu tersebut adalah pemandu e-hailing. Di mana ada netizen lain sebelum ini pernah berkongsi tentang pemandu terssebut.
Grab Malaysia dalam maklumbalas mereka akan menyiasat perkara tersebut.
