Bermacam-macam hal yang didengari berkaitan Honda Day 2024 yang diadakan pada Sabtu lalu.

Selain hadiah utama yang menyedihkan, rupanya ada salah seorang peserta yang juga bergelar pempengaruh sukan automotif turut mengalami detik hitam apabila kereta Honda yang dipamerkan telah ‘dinodai’ oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Pempengaruh wanita yang giat aktif dalam sukan permotoran iaitu Sharina Richie telah berkongsi sebuah video yang mendedahkan kereta FK8 yang dibawa untuk pameran di mana angkup  brek hampir dicuri pada hari kejadian.

“Kak Sha datang Honda Day dengan Fzy Garage bawa Honda FK8. Habis kitaorang punya Endless kaliper harga RM58,000.

“Diorang (merujuk kepada pencuri) cuba umpil, nak curi, nak rembat. Nasib baiklah pakai nat istimewa. Jadi diorang tak boleh buka rim. Tapi bawah kereta kena jek, Endless kaliper punya skru hilang,” kongsinya.

Pempengaruh Wanita Dedah ‘Brake Caliper’ Berharga RM58,000 Hampir Dicuri Pada Honda Day 2024
Sumber Gambar: TikTok

Difahamkan harga untuk kaliper brek berjenama Endless dari Jepun itu mencecah RM58,000 yang mana sudah menyamai harga sebuah kereta Myvi MG3.

Pempengaruh Wanita Dedah ‘Brake Caliper’ Berharga RM58,000 Hampir Dicuri Pada Honda Day 2024
Sumber Gambar:TikTok

Namun tuah menyebelahi wanita itu apabila dia telah memasang nat khas yang menyukarkan kecurian tersebut. Walaupun gagal  sepenuhnya, kesan kerosakan yang berlaku pada rimnya dan dibawah kereta masih teruk dan bakal memakan modal yang besar untuk  membaik pulih.

Difahamkan si pencuri hanya berjaya mengambil skru padanya sahaja. Perkara ini hanya disedari sewaktu memandu untuk bergerak pulang pada waktu malam yang pada ketika itu kedengaran bunyi sesuatu yang longgar di sepanjang jalan.

Tidak mahu mengambil risiko, dia lalu memanggil khidmat towing untuk bawa ke lokasi yang ditetapkan.

Dalam pada itu, wakil Fzy Garage juga turut bersuara kerana tidak berpuas hati dengan tahap keselamatan di acara Honda Day baru-baru ini. Mana tak marah kalau tapak parkir perlu dibayar oleh peserta sebanyak RM100 tapi tiada sebarang pengawasan oleh pihak penganjur.

@sharinarichie

Sikit lagi Caliper Harga sebiji MYVI MG3 ni nak kena rembat kat Honda Day 2024 🥹😭 @FzyGarage

♬ Suspense, horror, piano and music box – takaya

Perkongsian video terbabit telah meraih perhatian netizen dan rata-ratanya menghentam penganjur yang tidak mengambil inisiatif dalam memastikan keselamatan setiap kereta yang dipamerkan meskipun menerima bayaran yang lumayan.

Pempengaruh Wanita Dedah ‘Brake Caliper’ Berharga RM58,000 Hampir Dicuri Pada Honda Day 2024
Sumber Gambar: TikTok
Pempengaruh Wanita Dedah ‘Brake Caliper’ Berharga RM58,000 Hampir Dicuri Pada Honda Day 2024
Sumber Gambar: TikTok

Ramai juga meninggalkan komen sinis kepada peminat jenama Honda kerana sering dipandang tinggi namun realitinya tidak semua mampu menanggung kos bermain hobi automotif sebegini.