University of Californa, Los Angeles atau UCLA digesa untuk menarik balik ijazah seorang graduan mereka yang terang terangan menunjukkan bukti bahawa dia menyiapkan tugasan akademiknya dengan ChatGPT.
Mahasiswa UCLA tersebut menunjukkan ChatGPT pada komputer ribanya, dan sejarah penggunaan ChatGPT tersebut sebelum menerima ijazahnya pada majlis konvokesyen.
Dalam paparan skrin yang dia tunjukkan, ada beberapa halaman ChatGPT yang panjang lebar, dia didakwa telah disalinnya untuk dihantar kepada pensyarah.
Dia benar benar berbangga memberitahu dunia bahawa dia berjaya mendapatkan segulung ijazah hanya dengan bantuan AI.
Video tersebut tular di media sosial dan mengundang kritikan daripada ramai pihak yang mempersoalkan kredibiliti ijazah mahasiswa tersebut.
Ramai pengguna media sosial mengecam tindakan graduan berkenaan, menyifatkannya sebagai “bodoh” kerana membuka dan menunjukkan penggunaan AI sebelum keputusan rasmi diumumkan, yang mungkin menimbulkan spekulasi tentang integriti akademik.
Dia juga dianggap bersikap tidak selayaknya dan tidak sensitif kepada norma graduasi, di mana acara itu sepatutnya lebih kepada meraikan pencapaian peribadi, bukannya menunjuk alat yang digunakannya.
Beberapa netizen juga menegaskan bahawa jika pun niatnya sekadar jenaka, tindakan itu tetap “tidak bijak” memandangkan sijil atau ijazah belum lagi dikira rasmi.
Ada juga yang berkata: “Kita tahu AI membantu pelajar, namun janganlah mengundang kecaman orang lain dengan cuba menunjukkan dirinya bergantung kepada AI untuk menyelesaikan tugasan akademik.”
Kisah ini mencetuskan sekali lagi perbincangan tentang penggunaan AI dalam pembelajaran, sama ada ia membantu atau sebaliknya.
Yang lain berkata: “Sila tarik balik ijazah pelajar tersebut.”
Kemudian netizen seterusnya menambah: “Dengan segala bukti video yang dia sendiri tunjukkan kepada dunia, saya sangat terkejut kalau institusi segah UCLA tidak menarik balik ijazahnya.”
Seterusnya seorang lagi berkata: “Jika UCLA tidak menarik balik ijazahnya, UCLA secara rasminya mengisytiharkan diri mereka sebagai institusi bukan pendidikan, di mana kertas ijazah mereka adalah tidak ada nilainya.”
If UCLA doesn't revoke his degree, they officially declare themselves a non-educational institution whose graduation papers are worthless.
— !B🙂↔️ (@dicesweetlifee) February 19, 2026
Sejak kebelakangan ini, pendidik dan pelajar global semakin bergelut dengan batasan antara alat sokongan belajar dan penggantian kerja manusia, terutama dalam tugasan akademik yang menuntut pemikiran kritikal.