Pak Mat Western boleh dikatakan aktif mempromosikan jenamanya dengan menghasilkan banyak iklan-iklan menarik yang pastinya berjaya mencuri perhatian umum.

Terbaharu, Pak Mat Western berkongsi video hos jenama itu memberikan cabaran kepada pengunjung restoran Pak Mat Western untuk masak hidangan yang lazat.

Baca Juga:

Jika berjaya masak hidangan yang sedap, maka hadiah wang tunai sebanyak RM500 akan diberikan. Menerusi video itu, seorang pemuda yang dipercayai seorang pelajar telah diminta oleh rakan-rakannya untuk sertai cabaran terbabit.

Pemuda itu masak nasi goreng butter bersama kambing Pak Mat Western dan berjaya dalam cabaran itu. Akan tetapi, gelagat pemuda itu yang segan untuk buat eye contact dengan hos telah meraih perhatian.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji pemuda terbabit dan mengatakan ini barulah menjaga pandangan kerana tidak membuat eye contact langsung.