Super Ring adalah snek kegemaran ramai orang terutama sekali rakyat Malaysia. Adakah anda bersetuju?
Percayakah anda jika keropok Super Ring merupakan antara snek kegemaran Jennie dan Jisoo dari Blackpink? Terbaharu, kecoh di media sosial apabila Super Ring mula dijual di Korea.
Menerusi perkongsian tersebut, dapat dilihat pada papan tanda itu ditulis ‘Snek Kegemaran Jisoo dan Jennie’ dan ‘Snek No.1 Di Malaysia. Untuk pengetahuan anda, sebungkus snek Super Ring dijual dengan harga 1,200 won (~RM4.50).
지수&제니 최애❤️과자ㅋㅋㅋㅋㅋㅋㅋㅋㅋ pic.twitter.com/qwjKgwWTUD
— 🖤 (@BLINK_JCLC) October 29, 2019
cerita dia time concert blackpink kat malaysia, jensoo singgah 7e then nampak super ring ni diorang kata pernah makan time kat singapore hmm comel la ok bye pic.twitter.com/SH0fsBOysN
— 🌙 (@moonstarbyulie) October 30, 2019
Sebenarnya snek tersebut menjadi kegemaran Jisoo dan Jennie apabila mereka mencubanya buat kali pertama di Singapura. Berikutan itu, apabila mereka tiba di Malaysia untuk konsert jelajah, mereka telah mencari snek tersebut di kedai serbaneka terdekat.
Oleh yang demikian, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat Jisoo dan Jennie dan ramai yang berbangga kerana snek kegemaran rakyat Malaysia kini terkenal di Korea.
mmbsar makan bnda ni kottt 😂tetiba bersyukur jdi rkyat malaysia😂😂
— Liya (@strglxywsh) October 30, 2019
Siap tulis "Malaysia no 1 snack" aaaa im proud
— Skywookiee (@farahhaikal_) November 1, 2019
https://twitter.com/meluni97/status/1190107293154594816
Ini pastinya merupakan sesuatu yang cukup membanggakan rakyat Malaysia kerana snek buatan Malaysia kini mula dikenali di Korea. Siapa setuju Super Ring sedap dan lazat?
Di bawah ini kami listkan beberapa artikel berkaitan dengan makanan dari Malaysia yang terkenal di luar negara. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.
‘Food Truck’ Sate & Sake Milik Warga Malaysia Ini Tempa Nama Di Itali
Kek Lapis Sarawak Muncul Dalam Rancangan Great British Bake Off
Netizen Mahu Nasi Lemak Jati Yang Terkenal Di Shah Alam Buat ‘Comeback’