BTS merupakan antara idol K-Pop yang cukup terkenal di Korea dan juga seluruh dunia. Malah, pengaruh BTS cukup kuat dimana anda boleh lihat bagaimana BTS Meal menjadi fenomena dan sold out ketika pelancarannya sebelum ini.
Terbaharu, Jung-kook, ahli BTS telah meriliskan lagu solo ‘Seven’ dimana lagu tersebut turut trending di TikTok. Bagi anda yang sudah menonton muzik video rasmi lagu itu, mesti anda perasan akan ‘prop’ yang digunakan bukan?
Baca Juga:
- ‘Gaji RM2,800 Beli Civic’ – Peguam Dedah Ini Antara Punca Orang Muda Muflis Awal
- Isu Kesal Guna Duit KWSP Labur ‘Unit Trust’, Pakar Kewangan Dedah Realiti Sebenar
- Ini Senarai Barang Dan Perkhidmatan Yang Bakal Kekal, Berubah Harga Bermula 1 Mac 2024
Untuk pengetahuan anda, ‘prop’ tersebut seperti pisang panas apabila ramai orang mula membeli keranda selepas muzik video dirilis. Dalam satu laporan, kedai menjual keranda kini dikhabarkan mengalami kekurangan stok.
Dikhabarnya, satu keranda dijual dengan harga 5 juta won (~RM17,538) dan tidak sangka bagaimana pengaruh Jung-kook membuatkan peminatnya membeli keranda.