Gara-gara tular di TikTok, Bukit Bintang kini diserbu ramai orang yang mahu mencuba makanan viral. Terbaharu, beberapa video memaparkan ‘event’ yang diinspirasikan daripada filem Train to Busan tular di TikTok dimana pengunjung perlu berusaha menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa zombie.

Nampak mengujakan, maka pengguna TikTok @airieysayuti20 mengambil keputusan untuk merasai sendiri pengalaman dikejar zombie sehingga sanggup untuk ke Indonesia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
@airieysayuti20

Sebab pengaruh tiktok lah ni, terpaksa fly ke indonesia sbb nak cuba ✈️😟 tak full, sbb stngah tempat xboleh nak record🙃 #traintoapocalypse #traintobusan #indonesia

♬ suara asli – kepolo – AZ

Difahamkan, dia telah ke Indonesia kerana ‘teracun’ dengan perkongsian-perkongsian di TikTok akan ‘hype’ Train to Apocalypse ini. Selama lebih kurang 20 minit, para pengunjung perlu menyelamatkan diri daripada zombie dan juga menyelesaikan teka teki yang disediakan.

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen juga berasa teruja serta mahu mencuba permainan terbabit. Malah, para netizen juga berpendapat jika pada waktu malam pasti akan lebih membuatkan pengunjung berasa berdebar.

Tidak hanya itu, rata-rata netizen juga berharap ‘event’ seperti ini dianjurkan juga di Malaysia supaya dapat merasai pengalaman mengujakan itu. Sekadar makluman, Train to Apocalypse ini hanya dianjurkan sehingga September dan jika anda mahu mencubanya bolehlah ke Indonesia agar tidak terlepas peluang ini.

Sementara itu, Genting Highlands juga pernah perkenalkan rumah hantu berkonsepkan Train to Busan. Klik pautan di bawah untuk ketahui lanjut.

Train To Busan Antara Tarikan ‘Awesome’ Terbaharu Di Genting Highlands Yang Anda Wajib Cuba

Netizen Teruja Lihat Busana Songket Segak Disarung ‘Raja Iblis’ Dalam Drama China