Johor Darul Ta’zim (JDT) meneruskan rentak cemerlang mereka dimana kelab itu berjaya mempertahankan gelaran Liga Super sekaligus memenanginya buat kali ke-11 berturut-turut.

Kejayaan menewaskan Perak dengan keputusan 2-0 berjaya menoktahkan saingan musim ini yang menyaksikan skuad kendalian Hector Bidoglio itu sekali lagi muncul sebagai juara.

Baca Juga:

JDT Samai Rekod Bayern Munich

JDT
FOTO: JST

Tidak banyak pasukan yang mampu untuk mencatatkan kemenangan 11 kali berturut-turut dalam saingan liga dan kejayaan JDT ini menyamai rekod cemerlang yang dicipta oleh kelab gergasi Jerman iaitu Bayern Munich.

Selepas Bayern dinafikan gelaran dua kali oleh Borussia Dortmund pada 2011 dan 2012, mereka bertindak balas dengan cara paling cemerlang pada musim 2012/13.

Bayern menamatkan saingan 25 mata di hadapan BVB dalam carta liga, sebelum menewaskan mereka di final Liga Juara-Juara Eropah yang mana Arjen Robben menjaringkan gol kemenangan.

Bayern mencetuskan dominasi yang luar biasa apabila mereka memenangi sepuluh kejuaraan liga berturut-turut, melenyapkan rekod sebelumnya iaitu tiga yang mereka kongsi dengan Borussia Monchengladbach.

JDT
Bayern Munich

Musim 2022/23 menyaksikan mereka bergantung kepada kesilapan daripada Dortmund pada hari terakhir untuk memenangi liga sebelum Bayer Leverkusen menamatkan pencapaian mereka dalam musim berikutnya.

Di tangga kedua, Juventus pernah memenangi gelaran liga berturut-turut namun mereka hanya memenangi kejuaraan sebanyak 9 kali.

Saingan Serie A pada 2010an didominasi oleh Juventus yang memenangi sembilan kejuaraan liga berturut-turut antara tahun 2012 dan 2020.

Kejayaan mereka pada 2013/14, di bawah bimbingan Antonio Conte, cukup mengagumkan apabila Juventus menjadi pasukan pertama dalam sejarah liga teratas Itali yang memecahkan rekod 100 mata, setelah memenangi 33 daripada 38 perlawanan yang dihadapi oleh mereka.

Gelaran terakhir The Old Lady itu pada musim 2019/20 adalah jauh dari meyakinkan, ini kerana Juve mengetepikan cabaran dari Inter Milan dengan satu mata sebelum terus merosot ke tempat keempat dalam kempen berikutnya.

Melihat kepada keadaan semasa, JDT dilihat mampu untuk mengekalkan kejuaraan liga untuk satu tempoh masa yang lama dimana tiada pasukan lain dalam saingan Liga Malaysia yang boleh menggugat mereka.