Sebelum ini para pencarum KWSP dibenarkan untuk mengeluarkan wang caruman daripada akaun 2. Malah, terdapat desakan untuk pengeluaran wang simpanan KWSP dari akaun 1.
Dalam pembentangan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat yang baru sahaja dibentangkan, Kerajaan membenarkan pengeluaran simpanan KWSP dari akaun 1. Ahli yang layak boleh membuat permohonan mulai Januari 2021.
#Belanjawan2021: Kemudahan pengeluaran Akaun 1 KWSP sebanyak RM500 sebulan berjumlah sehingga RM6,000 dibenarkan untuk 12 bulan pic.twitter.com/uK4NEoLIxT
— BERNAMA RADIO (@Bernama_Radio) November 6, 2020
Difahamkan, para pencarum KWSP dibenarkan untuk membuat pengeluaran sebanyak RM500 sebulan untuk tempoh 12 bulan sehingga RM6,000 bagi ahli yang kehilangan pekerjaan. Malah, kemudahan ini dijangka akan memanfaatkan 600,000 ahli KWSP yang terjejas.
Ini beberapa artikel lain yang terkini di Vocket. Klik pada pautan di bawah.
Produk Makanan Ini Dilarang Kerana Mengandungi Racun Dan Maklumat Palsu
Restoran Nasi Kandar Berkonsepkan ‘Drive Thru’ Bakal Dibuka Di Pulau Pinang
Kecewa Dan Tertekan Diberhentikan Kerja, Bekas Pengurus Maut Selepas Rempuh Kilang