Pada September lalu, pencetus gerakan ‘Old Money Malaysia’, Andika Putera ada memuat naik video test drive sebuah kereta klasik.
Video berdurasi hampir dua minit untuk menunjukkan dia pergi ke sebuah kedai jualan kereta untuk merasai sendiri pengalaman memandu kereta klasik berjenama MG.
Baca Juga:
Beberapa bulan sudah berlalu, pencetus gerakan tersebut nampaknya masih belum membeli kereta klasik berkenaan.
Malah kini sibuk membangunkan konten ‘Old Money Malaysia’, sehingga menubuhkan kumpulan tersebut dengan yuran penyertaan seumur hidup bernilai lebih RM200.
Bagaimanapun seorang individu meluahkan rasa kurang senang apabila merasakan test drive terdahulu cumalah sebahagian daripada konten Old Money Malaysia sahaja.
“Awal-awal dia dakwa berminat untuk beli kereta MGB. Dia bawa kereta test drive dengan semua krew kamera, kemudian muat naik di media sosial dan dapat 1.2 juta tontonan.
“Konon Old Money, tapi minta bayaran ansuran. Hello, jutawan Old Money beli bayar cash. Rupanya (test drive kereta) hanya untuk buat konten Old Money saja,” ujar individu tersebut yang berasa tertipu.
Menerusi komen-komen ditinggalkan warganet, mereka menyatakan ‘Old Money jadian’ sememangnya akan mengambil kesempatan untuk menarik perhatian ramai.
Pada masa sama netizen meminta orang ramai berhati-hati sekiranya terjumpa dengan mereka yang berpakaian ‘Old Money jadian’ untuk mengelak dijadikan konten mereka.