Pada kegawatan baru baru ini yang melibatkan tiga top pereka Nike yang berhijrah ke adidas telah mendedahkan beberapa angka kewangan yang menarik. Dalam proses Marc Dolce, Denois Dekovic dan Marc Miner meninggalkan Nike untuk memulakan studio design bersama adidas, dokumen mahkamah yang menunjukkan pendapatan tahunan ketiga-tiga pereka itu didedahkan. Dokumen tersebut mengesahkan yang Nike membayar tinggi kepada top talent mereka, di mana ketiga-tiga pereka itu menerima pendapatan 6 angka semasa mereka meninggalkan Nike.

Dolce, Design Director untuk Nike Sportswear memperoleh USD374,550, sementara Dekovic, Senior Design Director untuk Global Soccer memperoleh USD362,580, dan Miner, Senior Footwear Designer untuk Running, memperoleh USD304,890. Walaupun angka-angka itu tidak menggambarkan tipikal gaji kebanyakan designer profesional, tapi angka-angka itu cukup menunjukkan peranan yang dimainkan oleh mereka dalam menghasilkan keseluruhan rekaan yang kita lihat pada Nike hari ini.