Akhbar L’Equipe mendedahkan bahawa jumlah hak penyiara musim ini sangat membimbangkan.
Di mana jumlah hak siaran domestik bersih yang bakal diterima oleh kelab-kelab Ligue 1 berada pada tahap paling rendah pernah dilihat: hanya €80.5 juta sahaja yang akan dibahagikan 36 kelab Ligue 1 dan Ligue 2.
Sebagai perbandingan setiap kelab di EPL meraih €127 juta daripada hak penyiaran.
Kenapa jadi begitu?
Secara keseluruhan, jumlah hak siaran kasar yang dijangka adalah sekitar €334.6 juta, yang merangkumi €205.5 juta dari pasaran domestik (paket DAZN, beIN, TF1, France TV).

Sementara €129.1 juta lagi dari hak siaran antarabangsa. Namun, selepas ditolak pelbagai kos seperti cukai, yuran sindiket, pembiayaan operasi LFP & LFP Media, dan pinjaman, jumlah bersih jatuh kepada €152 juta.
Masih ada sebahagian besar mesti diserahkan kepada CVC, iaitu syarikat pelaburan yang memulakan LFP Media.
Ini kerana CVC mempunyai klausa menerima 13.04% daripada hasil untuk sepanjang hayat.
Klausa ini menyusutkan lagi jumlah yang tinggal untuk dibahagikan kepada kelab kepada €80.5 juta — termasuk pengagihan €5.25 juta untuk kelab tercorot dan €11.7 juta untuk Ligue 2.
Perbandingan Drastik
Untuk perbandingan, musim lepas kelab seperti PSG — jika berjaya memenuhi semua syarat prestasi & populariti — mereka boleh menerima €16.1 juta dalam hak siaran domestik.
Kelab tercorot musim lepas pula masih boleh mendapat €5.18 juta.
Musim ini, jika PSG juara sekali lagi, mereka hanya meraih sekitar €4.67 juta, manakala yang paling rendah sekitar €1.44 juta — kira-kira 3.5 kali ganda lebih rendah,
Harapan kepada Ligue 1+
LFP berharap platform baru mereka, Ligue 1+, mampu menyelamatkan situasi kewangan ini. Jika berjaya menarik antara 1.1 hingga 1.2 juta pelanggan dalam musim 2025-2026, ia mungkin menjana sekitar €151 juta untuk kelab — menjadikan penapatan keseluruhan lebih stabil.
Ligue 1 sukar menarik tontonan lebih besar dari luar negara selepas penghijrahan pemain pemain bintang seperti Neymar, Mbappe dan Lionel Messi.
Publisiti PSG banyak membantu Ligue 1 untuk menarik peminat dari luar negara sejak beberapa musim lalu. Mereka mendapatkan bintang besar untuk datang.
Namun kini PSG lebih menumpukan kepada pembangunan pemain pemain berbakat berbanding marquee signing.