Akaun Twitter Edisi Siasat yang banyak merungkai kes-kes rasuah dan salah guna kuasa melibat golongan ‘kayangan’ di Malaysia nampaknya telah pun dipadam.

Akaun tersebut dilaporkan ‘hilang’ setelah Edisi Siasat membongkar mengenai satu kes yang terjadi pada 2019 melibatkan ‘anak taikun’ yang dilaporkan menanam berpuluh pokok ganja di dalam kondo.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut Edisi Siasat, pihak polis pernah mencadangkan bahawa lelaki dengan nama Nevin Tan, yang didakwa menanam ganja di dalam kondo itu dituduh di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya. Namun kes itu diarah tutup atau NFA (No Further Action) oleh peguam negara ketika itu, iaitu Tommy Thomas.

Menurut Free Malaysia Today, Thomas telah pun menafikan beliau bertindak secara korup dalam mengendalikan kes Nevin yang ditahan atas kesalahan dadah semasa beliau memegang jawatan itu.

Di dalam akaun Telegram Edisi Siasat, difahamkan bahawa tidak sampai 24 jam selepas pihak Edisi Siasat membongkarkan kes dadah yang melibatkan anak seorang ahli perniagaan terkenal di media sosial Twitter, akaun tersebut terus digantung.

Menurut Emmanuel Samarathisa, seorang wartawan untuk laman The Malaysianist, “Akaun Twitter Edisi Siasat telah digantung. Ciapan terakhir berkisar tentang peguam negara ketika itu Tommy Thomas terhadap tuduhan dadah Nevin Tan pada 2019,” katanya.

Tambahnya lagi, beberapa laman berita tempatan melaporkan mengenai Nevin yang dijatuhkan hukuman pada Februari 2020 oleh majistret Kuala Lumpur. Manakala MalaysiaKini pernah mencuba untuk mendapatkan kertas pertuduhan daripada timbalan pendakwa raya, namun permintaan itu ditolak.

Selepas kejadian tersebut, Edisi Siasat kini hanya aktif di akaun Telegram yang mempunyai lebih 60,000 pengikut. Di Telegram, Edisi Siasat turut meminta agar kes melibatkan anak kepada ahli perniagaan ini dibuka semula.

Dakwaan ‘Edisi Siasat’ hanya rekaan, Ketua Polis Negara mahu cari pemilik akaun. Rujuk pautan di bawah untuk mengetahui lebih lanjut.

Dakwaan ‘Edisi Siasat’ Hanya Rekaan, Ketua Polis Negara Mahu Cari Pemilik Akaun

Dedah Salah Laku Penguat Kuasa, Polis Minta Bantuan SKMM Kesan Pengendali Twitter Edisi Siasat

Adik Guna Akaun Azam, KP SPRM Mahu Heret Pemilik Twitter ‘Edisi Siasat’ Ke Mahkamah